Friday 18 September 2015

Malaysia kini bahaya kerana kepimpinan Najib, kata wartawan veteran.

Jumaat, 18 September 2015
Menyifatkan negara kini dilihat semakin berbahaya dan tidak selamat, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais bukan lagi kes luar biasa. 

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015. 

Malaysia kini bahaya kerana kepimpinan Najib, kata wartawan veteran.
Menulis di dalam blognya The Scribe, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri.
"Selama 46 tahun menjadi wartawan saya melaporkan dan membaca banyak kejadian aneh: manusia hilang tanpa kesan, tauke India dibunuh tetapi pembunuh tidak diketahui, wanita asing diledakkan dan macam-macam lagi.
"Yang terbaru  Timbalan Pendakwa Raya (DPP) (Anthony Kevin Morais) diculik di tengah-tengah kemewahan Bangsar dan mayat beliau ditemui di Subang Jaya," kata Kadir dalam tulisan di blognya hari ini.
Menurut Kadir, turut sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau bebas untuk memandu sendirian, berbeza dengan Datuk Seri Najib Razak pada masa kini.
"Masa itu (Dr Mahathir) pun ada ancaman. Pada awal tahun 1980-an pasukan bersenjata komunis masih cergas dan kegiatan kongsi gelap meluas.
"Tetapi kini, pada saat negara kita diuar-uarkan akan menjadi negara pendapatan tinggi menjelang tahun 2020, polis menasihati Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak jangan memandu sendiri atas alasan keselamatan.
"Hanya sekali beliau dibenarkan memandu sendiri ke Hotel Majestic".
Kadir turut membuat kesimpulan, kejadian yang dulu dianggap luar biasa sekarang sudah tidak luar biasa lagi.
"Malah sudah jadi biasa. Wanita jelita dan DPP dibunuh sensasi. Pengarang media bawa senjata api. Hak menjawab dalam akhbar tidak lagi diamalkan. Manusia takut hingga cakap pun berbisik-bisik."
Bukan sahaja itu, beliau turut mempersoalkan khabar angin adanya pengarang media massa arus perdana yang dikhabarkan membawa senjata api.
"Kalau pengarang media massa arus perdana mengakui tentang betapa bahayanya negara sehingga terpaksa membawa senjata api, apakah kita hendak mempertikaikannya?" soalnya. – 18 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-kini-bahaya-kerana-kepimpinan-najib-kata-wartawan-veteran#sthash.IcHosmRM.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena