Saturday 6 October 2018

[Video Khalid Samad: Tun Mahathir & Semua Menteri Mahu Anwar Masuk Parlimen] Kami baru 'jaga' lima bulan, kerosakan sudah 61 tahun.

Ahad, 7 Oktober 2018

Kami baru 'jaga' lima bulan, kerosakan sudah 61 tahun

Fuziah Salleh
SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh mengakui kerajaan PH berhadapan cabaran besar dalam mentadbir kerajaan.

Menurutnya, bukan mudah untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Untuk itu, beliau meminta rakyat bersabar dalam mendepani keseluruhan pelaksanaan janji-janji manifesto PH.

"Kami disini (jadi kerajaan) baru lima bulan, sedangkan kerosakan sudah berlaku 61 tahun, jadi takkanlah 61 tahun kerosakan dapat dibaiki dalam masa lima bulan," katanya kepada Sinar Harian.
Advertisement

Beliau berkata demikian dalam program Live Sinar Harian, di sini.

Beliau yang menjawab soalan penonton dalam program berkenaan memberikan satu analogi bagi mengambarkan perkara itu.

"Kalau orang 61 tahun ada sakit tulang belakang... dalam masa lima bulan itu kita nak bedah baiki, bukan satu perkara yang mudah," katanya yang menjawab soalan berkenaan pelaksanaan janji manifesto PH menjelang lima bulan pentadbiran PH.

Dalam pada itu, beliau berkata PH akan sentiasa diserang pembangkang, meskipun PH sudah mentadbir sehabis baik ketika ini.

"Saya kira pihak pembangkang akan terus bercakap, akan tetapi netizen dan pengundi telah buat keputusan untuk beri PH peluang jadi saya kira pembangkang hanya minoriti tapi bising.

"Yang ramai adalah penyokong PH yang lebih suka memerhati jadi saya tidak akan terlalu susah hati dengan yang bising ini... yang lebih penting kita pastikan bahawa kita bekerja keras untuk kita ikut manifesto, tidak lari daripada garis manifesto supaya kita dalam masa sebelum habis tempoh kita sudah dapat tepati janji kita," katanya.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata berkenaan manifesto PH, meskipun tidak semua janji dapat dilaksanakan lagi tetapi sudah banyak yang ditepati.

"Kita ambil dalam perspekstif dalam 100 hari dah banyak kita tepati akan tetapi ada banyak perkara yang mungkin perlukan masa, hendak merungkai permasalahan itu bukan mudah kerana kerosakan agak besar jadi ia ambil masa dan kami harap bersabar," katanya lagi.

PRU14 dimenangi oleh PH yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen.

Ini merupakan satu kekalahan bersejarah bagi gabungan BN yang belum pernah kalah sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu.

Ia juga menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua, dan pada umur 92 tahun, ketua kerajaan tertua di dunia, namun beliau membayangkan akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapat pengampunan diraja.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena