Saturday 6 October 2018

[Video Negara Ada Masalah Besar! Anwar Ibrahim Akan Mudahkan Kerja Tun M] Kempen PRK PD: Anwar paling menonjol.

Ahad, 7 Oktober 2018

Kempen PRK PD: Anwar paling menonjol

Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson memasuki minggu kedua dengan kejutan pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun padang berkempen bersama calon parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Anwar, 71, begitu teruja dengan kedatangan perdana menteri ketujuh itu dan akan dijadualkan berkongsi pentas berucap pada Isnin malam selepas 20 tahun.
"Kalau beliau hadir inilah kali pertama saya kembali satu pentas dan kita akan gegarkan Port Dickson setelah 20 tahun," katanya semasa berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang di Port Dickson semalam.
Anwar, dengan reputasi sebagai bekas timbalan perdana menteri dan ketua umum PKR, dilihat mempunyai kelebihan, dengan jentera parti yang diketuai Pengarah Pilihan Raya HARAPAN Aminuddin Harun bertungkus lumus menyusun program antara tujuh hingga 10 program sehari bermula dari pagi sehingga tengah malam.
Malah, sejak hari pertama lagi Anwar bijak menawan hati pengundi pelbagai kaum di Port Dickson dengan lawatan ke Kuil Sikh petang hari penamaan lagi, selain ke pesta tanglung, menyampaikan tazkirah di masjid, dan juga program kebudayaan masyarakat India mengikut jadual program.
Gelagatnya yang menari seperti mendiang superstar filem Tamil M.G.R. di atas pentas pada pesta kebudyaaan masyarakat itu tentunya menarik perhatian kaum India menunjukkan betapa dekatnya mereka di hati Anwar.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK ini, yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena