Saturday, 6 October 2018

[Video PRK Port Dickson Semakin Rancak & Dr M turun Port Dickson bantu Anwar kempen] DISEBABKAN jumlah ikat jamin mencecah RM6.5 juta, emak dan ayah terpaksa guna simpanan! HABIS, NAK GUNA DUIT MANA LAGI?

Sabtu, 6 Oktober 2018


Image result for Nooryana Najwa Najib n rosmah
Image result for Najib Razak and Rosmah Mansor – Arrested & Charged - 2018

HABIS, NAK GUNA DUIT MANA LAGI?


DISEBABKAN jumlah ikat jamin dan upah guaman yang terpaksa dibayar Najib Razak dan Rosmah Mansor, mereka terpaksa menggunakan simpanan dan mendapatkan bantuan kewangan daripada saudara mara, kata anak perempuannya Nooryana Najib.
“Beberapa bulan kebelakangan ini sangat mencabar untuk emak dan ayah. Selain upah peguam, ikat jamin untuk ibu bapa saya kini mencecah RM6.5 juta.
TMI.
Najib Razak dan Rosmah Mansor sehingga ini sudah dihadapkan dengan 49 pertuduhan di mahkamah berkaitan skandal 1MDB.

Daripada jumlah itu, Najib berdepan 32 pertuduhan, manakala selebihnya iaitu 17 pertuduhan adalah melibatkan Rosmah.

Dengan pertuduhan sebanyak itu, wang jaminan yang terpaksa dibayar oleh kedua-dua mereka ialah sebanyak RM6.5 juta.

Sehubungan itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mengeluh kerana ibu dan bapanya terpaksa menggunakan wang simpanan peribadi dan meminta bantuan saudara mara untuk membayar ikat jamin, selain bagi bayaran yuran guaman yang turut dipercayai berjumlah berjuta-juta juga banyaknya.

Beberapa bulan kebelakangan ini adalah masa yang sangat mencabar bagi emak dan ayah, kata beliau.
Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikeluhkan sangat oleh anak Najib yang dikenali dengan panggilan Gina itu. 

Apa yang dilalui oleh ayah dan ibunya adalah proses biasa bagi sesiapa juga yang berdepan dengan tindakan mahkamah, malah orang lain ada yang lebih sengsara lagi.

Jika bukan menggunakan wang simpanan dan meminta bantuan saudara mara, apakah ada cara lain lagi?

Apakah Gina mengharapkan ada sesiapa yang sudi menolong untuk membayarkan wang jaminan dan yuran guaman untuk ayah dan ibunya?

Tetapi, bukankah Najib dan Rosmah masih dikira beruntung kerana sehingga ini tetap mampu membayar ikat jamin dan melunaskan yuran guamannya?

Sekurang-kurangnya ia bermakna Najib ada wang simpanan yang banyak dan ramai saudara-mara yang sudi membantunya.

Bayangkan orang lain yang tiada simpanan dan tidak ada juga saudara-mara yang mahu membantu di mana akhirnya mereka terpaksa bermalam di lokap menunggu hari perbicaraan.

Untuk itu, tak usahlah beliau mengeluh dan cuba meminta simpati, tambahan lagi skandal 1MDB yang melibatkan ayah dan ibunya itu telah menjadi sebutan di seluruh dunia

Fikirkanlah sama kesan skandal 1MDB itu kepada rakyat dan negara yang mungkin bertahun-tahun terpaksa menanggung bebannya. (ShahbudinHusin 06/10/2018)

1 comments:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Masih banyak simpanan sampai berjuta-juta ringgit? Terima kasih Gina kerana dedahkan perkara ini, mungkin PDRM dan SPRM boleh siasat macam mana masih ada simpanan berjuta-juta ringgit lagi sedangkan akaun-akaun sudah pun dibekukan.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena