Saturday 6 October 2018

[Video Walaun tengok ni rakaman video Anwar terima pengampunan bebas & Pas Jangan Biadap] Takiyuddin (Pas) faham ke maksud 'bebas' (free pardon)? SIAPA KITA jika ada lagi yang menceceh mahu melihat kekalahan Anwar?

Ahad, 7 Oktober 2018

Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 5 people, people sitting
Dengan merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Pengeloila Diraja itu, bukankah sudah jelas dinyatakan bahawa Anwar diberi pengampunan bebas (free pardon) seperti dikehendaki oleh Takiyuddin itu? Memang tidak ada perkataan “free pardon” disitu tetapi dibubuh perkataan melayu “bebas”. Sila rujuk kenyataan berkenaan. 

Saya tidak faham macam mana Takiyuddin sebagai seorang peguam kalau tidak dapat memahami dan mentafsir perkataan itu seperti mana yang umum tafsirkan. Pada saya, kenyataan dikeluarkan itu sudah menjelaskan dan juga dipercayai digunakan oleh SPR untuk tidak menerima bantahan terhadap penyertaan Anwar semasa proses penamaan calon tempoh hari.-MSO
Tumpang sekole.

SIAPA KITA JIKA MASIH TIDAK MAHU MENYOKONG ANWAR?

Hari ini, Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin meluangkan masa petangnya  turun berkempen bersama Anwar Ibrahim di Port Dickson.

Sudah tentu tujuannya turun itu ialah untuk melihat dan memastikan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan menang dengan cemerlang pada pilihanraya kecil 13 Oktober nanti.
Hari Isnin 8 Oktober nanti, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pula akan turun ke Port Dickson dalam program ceramah perdana bersama para pemimpin kanan Pakatan Harapan.

Ini adalah pertama kali sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri, beliau turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil.

Tentulah tujuannya juga untuk melihat dan memastikan kemenangan bakal penggantinya itu.
Lalu, siapa kita jika ada lagi yang menceceh mahu melihat kekalahan Anwar?

Jika mengaku penyokong Pakatan Harapan, wajarkah mereka yang masih bersikap sebegitu? (ShahbudinHusin 06/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena