Friday, 5 May 2017

[Video SABAH Sedia KUBURKAN Najib! Bumi Sabah Bukan Milik Melayu Seorang] Tidak mempunyai kerja, ataupun dibuang kerja! Adakah kita patut berbangga dengan senario sebegini?

Sabtu, 6 Mei 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya mewakili Parti WARISAN Sabah pada hari ini ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia secara amnya dan masyarakat pelbagai kaum di Sabah khususnya, tidak kira di mana sahaja anda berada.
Apabila kita menyambut Hari Pekerja, sudah pastilah ia merujuk kepada mereka yang mempunyai pekerjaan. Kepada yang tidak mempunyai kerja, ataupun dibuang kerja akibat kesan kemerosotan ekonomi negara, adakah kita patut berbangga dengan senario sebegini?
Menurut data yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di Sabah adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia (kadar pengangguran lelaki di Sabah adalah 5%, manakala di Malaysia 3.1%) (kadar pengangguran wanita di Sabah adalah 6.1%, manakala di Malaysia 3.9%).
Sabah adalah antara negeri tertinggi penyumbang kepada jumlah pendapatan negara yang merangkumi minyak, kelapa sawit dan juga kayu balak. Tetapi malangnya peningkatan belia yang menganggur di Sabah merupakan antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia (65000 belia menganggur/diberhentikan kerja pada tahun 2016-64.7% meningkat hampir 100% berbanding tahun 2010-33.8%)
Selamat Hari Pekerja! Tahap pendidikan di kalangan pekerja di/dari Sabah juga sangat membimbangkan kita dimana hanya 5.7% mempunyai Ijazah, manakala 1 dari 5 orang pekerja hanya bersekolah rendah! Jika tiada pembaharuan dan usaha diambil untuk mengubah kelemahan yang berlaku sekarang, sudahlah Wawasan 2020 ditukar menjadi TN50, tidak mustahil jika ada TN100 pun hasrat untuk menjadi negara maju dan setanding dengan negara lain didunia bakal menjadi cerita dan angan-angan sahaja.
Beri peluang pada Parti WARISAN memerintah dan kita akan berusaha memastikan angka-angka di atas kita Ubah menjadi lebih baik dan kita kembalikan apa yang telah sepatutnya menjadi hak rakyat Sabah!
Foto Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah.

Foto Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah.

Foto Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah.
02/5/2017- meneruskan kempen perkenalkan Logo Warisan dari rumah ke rumah bersama Francis Au Ketua Wira Warisan Kota Marudu merangkap Ketua Penerangan Wira Pusat di Kg.Inukiran dan Timbagan Matunggong..
Foto Laman Rasmi Parti Warisan Sabah.
Orang ramai yang berada di sekitar
Parlimen P182 Pensiangan.
adalah dijemput hadir untuk sama-sama berbicara dengan Presiden Parti Warisan Sabah

Pada : 6 Mei 2017 (Sabtu)
Jam : 5:00 ptng
Tempat : Salarom Nabawan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena