Tuesday 4 July 2017

[Video Abang Johari: Kau jangan main-main Najib dgn Autonomi S'wak & Perjanjian M'sia] "Umno BN tak serik-serik ka nak perbodohkan rakyat"? KWSP rugi RM203j akibat pelaburan saham FGV.

Selasa, 4 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
Sejarah Tak Pernah Menipu !!!
Terdahulu Najib pernah kata saham2 FGV akan mendatangkan keuntungan berbilion ringgit dan keuntungannya akan dipulangkan kpd rakyat (peneroka). Akhirnya peneroka gak yg tanggung kerugian..
Bunyi meletup-letup semua akan untung berbilion2.. hakikatnya aset negara tergadai ke komunis-China, saham rakyat jadi mangsa..
Tak serik-serik lagi ka mereka nak perbodohkan rakyat..

KWSP rugi RM203j akibat pelaburan saham FGV

 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.
Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.
"KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.
KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.
Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.
FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.
Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.
Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena