Saturday 1 July 2017

[Video "Nak Cakap Benar ke Nak cakap Bohong" Sebab Kenapa Zahid Md Arip Marahkan Najib] PAS KEMBALI DIANGGAP PARTI LEBAI & Lebainya pun mahu dihapuskan.

Ahad, 2 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.

Alhamdulillah.. Tabung jihad di buka utk ahli mengumpul dana utk saman Sarawak Report..

Jenis BMW R1200 RT
Enjin:1170 cc dwi silinder boxer 4 lejang
Transmisi: 6 kelajuan
Berat Kering: 229kg
Harga: RM127,732.50 belum masuk GST

PAS KEMBALI DIANGGAP PARTI LEBAI DAN LEBAINYA PUN MAHU DIHAPUSKAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Suatu ketika dahulu, PAS dianggap sebagai parti kampung dan parti lebai, yang hanya reti bercakap hal agama dan berkempen isu hudud semata-mata. Malah propaganda Umno/BN sering memperlekeh PAS sebagai parti yang tiada kepakaran untuk memerintah. Tiada pakar ekonomi, tiada pakar undang-undang, tiada pemikir-pemikir dalam berbagai bidang untuk memajukan rakyat dan negara, berbanding Umno/BN.
2) Kempen-kempen Umno/BN jelas secara mafhum mukhalafahnya menganggap PAS sebagai parti kolot dan pemimpin-pemimpinnya bodoh pada kaca mata mereka, dan mahu rakyat juga memandang pemimpin PAS bodoh dan tidak berwawasan. Sebab itulah nama Tun Razak, Tun Husin dan Tun Mahathir terjulang sebagai orang bijak pandai dan berwawasan tinggi pada zaman masing-masing.
3) Di akhir-akhir pemerintahan Tun Mahathir, PAS tidak lagi dianggap parti bodoh dan tidak berwawasan oleh rakyat, walaupun pemimpin Umno/BN masih berusaha keras memomokkan hal demikian. Tenaga-tenaga kepakaran profesionalisme pelbagai bidang mula mendampingi PAS, selaras dengan strategi Presiden PAS waktu itu, memprofesionalkan ulama dan megulamakkan profesional. Sejarah mencatat kemasukan profesional tertinggi selepas peristiwa pemecatan DS Anwar dan kebijaksanaan Presiden PAS waktu itu mengendali isu pemecatan DS Anwar.
4) Nama PAS terus tersemat didada rakyat perlbagai kaum sekalipun setelah ketiadaan ustaz Fadzil Noor dan pengunduran Tun Mahathir, dengan strategi PAS For All dan Tahaluf Siyasi bersama parti-parti pembangkang yang lain. Nama Presiden PAS TG Haji Hadi menjadi seiringan dengan nama DS Anwar Ibrahim yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia - seperti yang tersiar dalam majalah Asiaweek. Figura-figura PAS waktu itu dipandang tinggi dari segi tenaga profesional dan ulama, sehingga aura kehebatan PAS dan pakatan pembangkang berjaya merampas beberapa negeri daripada Umno/BN pada 2008.
5) Namun segalanya berakhir pada 2015, apabila berlaku krisis dalaman PAS sehingga tertubuhnya parti AMANAH dan berkecainya Pakatan Rakyat akibat pertelingkahan PAS dan DAP. Sejak itu PAS mula dipersepsikan sebagai parti bodoh, khianat, sombong, dan sebagainya. Hari ini sejarah lama kembali berulang. Orang mula memanggil PAS sebagai parti lebai dan parti yang tiada kepakaran dalam bidang profesional. Malah kepakaran 'tipikal' PAS sebagai parti agama dan ramai agamawan juga dipertikai dan diserang supaya kredibiliti 'agamawan' PAS menjadi tawar dan hambar. Ironinya bukan Umno/BN lagi yang buat kerja mempromosi persepsi buruk terhadap PAS, tetapi bekas pemimpin dan bekas penyokongnya yang menyertai AMANAH serta sekutu-sekutu mereka dalam PH.
6) Mereka akan bertanya, dalam suasana ekonomi yang teruk dan haru biru hari ini, siapa yang anda akan pilih untuk diberi kepercayaan? Kumpulan Idris Ahmad, Nasrudin Tantawi, Mokhtar Senik dan Razman Zakaria kah? Atau kumpulan Rafizi Ramli, Zulkifley Ahmad, Tony Pua dan Nurul Izzah? Itu contoh salah satu propaganda yang secara tidak langsung menganggap PAS bodoh dan tak reti apa berkaitan ekonomi. Begitu juga dalam bidang bidang lain (undang-undang, hubungan antarabangsa, sosial, pembangunan, pendidikan, kesihatan etc.)
7) Tidak kurang yang menganggap PAS kembali menjadi parti PAS pada tahun 70an. Yakni kolot, bodoh, dan lebai kampung. Kegagalan Umno/BN untuk membenam PAS adalah disebabkan Umno/BN gagal memadam persepsi agamawan PAS. Umno/BN kalah dan lembik tengkuk apabila PAS menyerang mereka bab agama, akhlak dan adab. Malah mereka sangat takut dikafirkan oleh PAS. Justeru PAS membina kekuatan asas daripada isu agama, yang kemudiannya bangkit merekrut profesional sehingga maju mencabar Umno/BN.
8 ) Akan tetapi kini, musuh baru PAS tidak akan mengizinkan PAS hidup dengan isu agama. Di samping mereka mempromosi 'imej bodoh' PAS dalam bidang ekonomi, politik, dan sebagainya, mereka menggunakan kepakaran yang ada untuk turut melenyapkan monopoli PAS dalam isu agama. Bermakna bukan sahaja mereka mahu PAS dianggap parti lebai, bahkan 'lebai' yang PAS pakai pun mahu dihapuskan.
9) Lihatlah apa saja isu yang PAS sentuh melibatkan agama, pasti mereka cepat membidas dan mencari kelemahan dan kesilapan. Kemudian mengebomnya beramai-ramai supaya PAS dan pemimpin PAS dilihat bodoh dan menyeleweng. Untuk apa? Supaya rakyat tidak lagi menganggap PAS parti 'pakar agama'. Supaya PAS tidak lagi dianggap parti yang berkumpul ulama-ulama di dalamnya. Itu belum termasuk kenyataan pemimpin PAS yang semberono dan gopoh tak kena gaya. Lagilah menjadi lauk, sampai orang ugut nak saman.
10) Serangan halus  dan rakus ini sebenarnya berkesan samada PAS sedar ataupun tidak. Walaupun pimpinan dan trupers PAS akan nafikan, ia tetap tidak mengubah progress yang sedang berlaku. PAS sedang menuju ke arah parti kolot yang tidak connect kepada keadaan semasa. Budaya politik matang, fastaqim dan sebagainya hanyalah slogan untuk memagar minda penyokong yang masih ada supaya terus bersama.
11) Ya, PAS boleh menepis serangan-serangan musuh dengan tulisan dan ceramah-ceramah. PAS masih ada penulis yang hebat-hebat dan penceramah yang petah-petah. Namun ia tidak cukup untuk mempertahankan PAS dan imej PAS. Ia mungkin sekadar dapat menenangkan kegelisahan penyokong dan ahli yang setia, tetapi tidak akan berjaya memadankan api persepsi yang membakar imej PAS di mata rakyat keseluruhan.
12) Strategis PAS perlu hadam permasalahan ini. Majlis syura ulamak perlu juga hadam situasi ini. PAS adalah parti politik dan dakwah. Its a nice self-claim. Tapi tindakannya tidak selari dengan zaman di mana ia berpencak. Zaman fitnah yang dahsyat hari ini, PAS hanya ada dua pilihan. Berdepan cabaran fitnah semasa dengan strategi yang out of the box, ataupun beruzlah sehingga terpaksa menggigit akar kayu sekalipun.
Sekian

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena