Saturday 1 July 2017

[Video Rasa Meluat Terhadap Umno@NajibRazak! PRU14 UMNO & BN Tersungkur] PEMIKIRAN BLUR DARI NAIB PRESIDEN PAS...Idris gagal membaca sihir2 politik Kit Siang!

Ahad, 2 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Mereka umum tanding 100 kerusi parlimen, 122 lagi kerusi parlimen lagi kena undi BN sebab UMNO dalam komponen BN & mereka pulak tidak bertanding di situ, ini kaedah kita.. 
walaunta faham ke tidak amanat haji hadi ni? kalau tak faham kami boleh terangkan dengan jujur..


PEMIKIRAN BLUR DARI NAIB PRESIDEN PAS..

Naib Presiden parti agama Idris Ahmad melempar pertanyaan apakah DAP akan setuju Enakmen Syariah Islam -- undang2 Islam -- akan dilaksanakan di Kelantan sekiranya Harapan (Amanah) menang dan memerintah Kelantan. Bunyi janggal pertanyaan itu tetapi itulah daya fikir politik seorang naib presiden Pas.

Beliau juga membuat kesimpulan cadangan Kit Siang agar Husam dipilih jadi MB menunjukkan DAP menguasai Amanah. Cara Idris itu mahu mempengaruhi kepada rakyat Kelantan khasnya yang Amanah adalah himar DAP.

Tanggapan beliau juga mejelaskan dia gagal membaca sihir2 politik Kit Siang.

Idris tidak memahami politik dan kuasa dalam politik. Dari segi angka-angka yang memberi kuasa kepada parti politik juga dia tidak berapa arif. Tertakdir Amanah menguasai Kelantan, DAP tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana parti itu tiada seorang pun wakil dalam Dewan.

DAP tidak ada suara untuk membantah apa-apa yang bertentangan dengan perjuangannya. Kenapa harus memakan ubat sebelum sakit dan membalut ditempat tidak luka? Itu perbuatan yang kurang cerdik dan tolol.

Kalau hal semudah ini pun tidak difahami Idris macam mana dia mampu untuk membawa Pas menjadi sebuah parti yang progresif. Tampaknya jauh sekali untuk menjadi alternatif kepada Umno apabila Pas dihandle oleh orang-orang blur akal fikir seperti Idris.

Idris juga melahirkan kebimbangannya kalau Amanah menang parti itu tidak dapat laksanakan syariah Islam kerana ditentang DAP. Beliau lantas menyamakan apa berlaku di Terengganu, Pas lulus enakmen syariah tetapi dibekukan oleh Umno.

Secara tidak langsung Idris meletakkan Umno sama dengan DAP. Harap Idris dapat tambah nilai dalam kenyataan2 dan ulasanya sejajar dengan darjatnya dalam parti itu. Trims.
MSO

KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena