Wednesday 5 July 2017

[Video S'wak Report dakwa ketua perisikan terima RM7 juta] BONGKAR LAGI...Najib dah mula terima New World Order? MO1/1MDB berurusan dengan keluarga Yahudi (Edmond de Rothschild).

Rabu, 5 Julai 2017

Foto Otai BERSIH.
BONGKAR LAGI
MO1/1MDB berurusan dengan keluarga Yahudi yang terlibat dalam aktiviti iluminati. 
ajib dah mula terima New World Order? NDah bersalam bekerjasama dengan keluarga berkuasa yang mengawal institusi-institusi perbankan dunia? Hebat sungguh Pahlawan Islam ini.


Bank Edmond de Rothschild didenda RM43 juta dalam kes berkaitan 1MDB

Bank Edmond de Rothschild didenda RM43 juta dalam kes berkaitan 1MDB

BANK swasta Switzerland cawangan Luxembourg, Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan terkini yang didenda kerana mengendalikan dana yang ada kaitan dengan 1MDB, lapor Reuters.
Pihak berkuasa mengenakan denda hampir €9 juta (RM43.1 juta) terhadap bank itu kerana terbabit dalam pengubahan wang haram.
Badan pemantau Swiss, Finma berkata ia menjalankan siasatannya sendiri terhadap bank itu untuk memastikan sama ada kumpulan itu memenuhi standard anti pengubahan wang haram.
Rothschild menjadi bank Swiss terbaru yang terbabit dalam kes 1MDB, yang tertakluk siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB menafikan sebarang salah laku.
Bank itu terlibat apabila bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC Khadem Abdulla Al Qubaisi, individu utama dinamakan oleh Jabatan Kehakiman AS sebagai terbabit dalam pengubahan wang haram dana 1MDB.
Pada April, 1MDB dan IPIC berpangkalan di Abu Dhabi berkata mereka sudah menyelesaikan kes timbang tara di London membabitkan dua bon yang dikeluarkan syarikat itu.
Bulan lalu, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mendenda bank United Overseas Bank dan Credit Suisse sejumlah S$1.6 juta (RM4.94 juta) kerana terbabit dengan 1MDB.
Tahun lalu, Singapura menarik balik lesen dua bank – BSI Bank dan Falcon Bank – dan mendenda lapan lagi bank lain sebagai S$29.1 juta. Bank itu termasuk BSI, Falcon, DBS Bank, UBS, Standard Chartered Bank, Coutts, Credit Suisse dan UOB. – 23 Jun, 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena