Monday 13 November 2017

[Video Angan2 MCA kalahkan DAP & Dr Asri: Bolehkah PELAMPAU memulihkan Pemikiran Pelampau?] Rakyat Derita GST “Rompak harta negara, bersyarah tentang maqasid syariah”.

Isnin, 13 November 2017

1.SECARA keseluruhannya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip GST dan cukai langsung dan tak langsung sebanyak RM51.15 bilion pada tahun 2015, tahun ini kerajaan mensasarkan kutipan GST RM39 bilion, melalui ejen pengumpulnya dari pihak peniaga/syarikat yang berdaftar sebanyak 409,000 buah.

2.Pentadbiran Najib tidak ada pilihan selain GST untuk mengimbangi pendapatan negara yang menyusut, berhadapan dengan harga petrol sebagai sumber utama tidak dapat menampung pembangunan.

Dalam keadaan ekonomi rakyat lemah, faktor ini lah mereka untuk tidak bersetuju dengan dasar percukaian ini yang melibatkan semua peringkat tak kira kedudukan individu kaya atau miskin.

3.Namunpun kerajaan mengimbangi dengan agihan BR1M bagi yang layak diberi, tetapi jika diperhalusi bantuan ini tidak akan membawa faedah kerana tidak ada nilai ekonomi.

4.Konsep kemakmuran wajib diselaraskan di antara negara dan rakyat biar menggunakan slogan 'RAKYAT BAHAGIA,NEGARA KAYA' bukan membebankan rakyat untuk menampung pendapatan negara.

Betapa makmurnya rakyat jika tidak dibebankan GST, tentu sekali RM39 billion yang ada menjadi tabungan mereka untuk masa depan dan pendidikan anak anak mereka.

5.Seperkara lagi, yang rakyat tidak berpuas hati ketirisan dan perbelanjaan kerajaan tidak berhemah diselangi rasuah saban tahun meningkat menurut laporan Audit Negara.

6.GST tidak diperlukan, jika semua pemimpin dan aparatur negara digerakan ke arah memaksimumkan tenaga sumber yang ada ke jalan yang betul dan efektif tanpa penyelewengan.

“Rompak harta negara, bersyarah tentang maqasid syariah”

“Rompak harta negara, bersyarah tentang maqasid syariah”
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menganggap pembentangan Bajet 2018 oleh Najib Razak sebagai penghinaan terhadap Islam dan hanya bermotifkan kepentingan BN pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, belanjawan yang digelar ibu segala bajet oleh Presiden Umno itu tidak lebih hanya ucapan politik dan bertujuan menunjukkan Umno lebih Islamik.
“Strateginya nak tunjukkan Umno ini lebih Islamik supaya Pas lebih rapat dengan dia dan tidak akan sertai Pakatan Harapan.
“Bagi kita ini satu penghinaan terhadap Islam. Kerajaan yang dikenali seluruh dunia merompak harta negara, pergi Parlimen nak bersyarah tentang Islam dan maqasid syariah. Ini mainan politik untuk Najib,” tegasnya.
Beliau berpendapat penekanan Najib tentang maqasid syariah dijangka akan menjadi sebab untuk Pas menolak Pakatan Harapan bahkan sebaliknya tidak mustahil akan bersama Umno-BN.
“Hampir 25 hingga 30 minit ucapannya (Najib) mengenai maqasid syariah. Bajet yang dia bentangkan kononnya memenuhi kehendak maqasid syariah.
“Ini dia punya ucapan. Pas khususnya akan ada alasan untuk tidak bersama dengan Pakatan harapan mungkin sampai tahap akan bekerjasama dengan Umno-BN.
“Kalau kerusi (Pas) tidak bertanding, serah pada BN kerana BN ini pembentangan bajet cakap pasal maqasid syariah, dia (Umno-BN) sudah lebih Islamik,” bidasnya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian dalam slot forum “Bajet BN lwn Bajet PH: Siapa Tolong Rakyat?” anjuran AMANAH Johor di Taman Teratai, Skudai, Johor Bahru kelmarin.
Najib pada pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, 27 Oktober lalu berkata, manhaj maqasid syariah mensasarkan kepada kepentingan umum yang mendatangi kebaikan kepada rakyat terbanyak dengan mengambil kira tahap kemampuan kerajaan mengikut tiga keutamaan iaitu dhoruriyat, hajiyat dan tahsiniyat.
Menurut Khalid, belanjawan tahunan sepatutnya peluang untuk rakyat mendengar langkah kerajaan dalam menangani masalah ekononomi di negara ini bukan sekadar tentang pengumuman bonus.
“Bajet yang dibentangkan Perdana Menteri cukup mengecewakan. Bajet ini bukan sekadar kita nak dengar tentang bonus atau pengurangan cukai pendapatan.
“Sepatutnya, kita nak dengar pendekatan kerajaan dalam usaha menyelesaiakan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara sehingga membebankan rakyat.
“Ini yang kita nak dengar – masalah kos hidup yang tinggi, harga minyak yang meningkat, pengangguran dan sebagainya.
“Maka masalah yang dihadapi ini patut kerajaan lebih tahu dan dia akan bentangkan satu bajet nak tunjukkan hala tuju bagaimana nak selesaikan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya.
Tiada masalah
Walau bagaimanapun, kerajaan Umno-BN, hujahnya, menganggap ekonomi negara ini semuanya berada dalam keadaan baik termasuk mencanangkan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama mencecah lima peratus.
“Dia (Najib) cerita ekonomi negara kita bagus, negara semakin kaya, KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) semakin naik. Pelaburan asing berpuluh bilion paling tinggi dalam sejarah di bawah kepimpinan dia.
“Maknanya, bagi dia, tiada masalah untuk diselesaikan. Segalanya tiada masalah. Yang ada masalah pun BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) selesaikan. Beri gula-gula sikit, selesailah.
“Tapi persoalannya, negara kita semakin kaya, duit itu pergi ke mana? Ia bukan pergi pada rakyat jelata yang boleh menyebabkan rakyat semakin lega.
“Duit bertambah tapi pergi kepada orang-orang tertentu sedangkan rakyat semakin tertekan. Masalah harga minyak naik lagi,” ujarnya.
Berbeza dengan Belanjawan Pakatan Harapan, tegas Khalid, Pakatan Harapan tidak menafikan kemerosotan ekonomi dengan menuntut langkah penyelesaian masalah berkaitan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dianggap bukan masalah bagi BN.
“Bajet Pakatan Harapan tiada sindrom penafian. Kita akui masalah ekonomi yang dihadapi oleh ekonomi negara dan rakyat jelata.
“Tiada kerja, apa masalah punca bagaimana nak cari penyelesaian. Semua kita sudah ambil kira dalam bajet Pakatan Harapan,” tambahnya lagi.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena