Monday, 13 November 2017

[Video HARGA MINYAK-Rakyat Kena Bala 3 Kali!] Reaksi pemilik kenderaan 'membunyikan hon' menunjukkan rakyat tertekan.

Selasa, 14 November 2017

“Reaksi pemilik kenderaan menunjukkan rakyat tertekan”

“Reaksi pemilik kenderaan menunjukkan rakyat tertekan”

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil petang tadi berkata, reaksi yang ditunjukkan oleh pemilik pelbagai kenderaan sama ada motorsikal, kereta biasa mahupun kereta mewah yang membunyikan hon tanda sokongan kepada Flashmob Pemuda AMANAH yang dinamakan Gerakan Turunkan Harga Minyak (GERTAK) yang dibuat di hadapan Menara Petronas Kuala Lumpur petang tadi menjelaskan bahawa rakyat hari ini semakin tertekan dengan kenaikan melampau harga minyak dua minggu berturut-turut.

Pemilik pelbagai kenderaan membunyikan hon tanda sokongan kepada flashmob Pemuda AMANAH di hadapan menara Petronas KL petang tadi.

Kenaikan harga minyak ini kata beliau, dibuat sejurus selepas ibu segala bajet dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Faiz berkata, Pemuda AMANAH akan meneruskan dan memperluaskan gerakan protes harga minyak ini ke seluruh negara kerana kenaikan harga minyak memberikan kesan domino kepada ekonomi rakyat.
Kami juga menuntut supaya subsidi minyak dikembalikan untuk menurunkan harga minyak, dan kami yakin ia akan disokong oleh rakyat, katanya kepada Malaysia Dateline.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena