Sunday, 12 November 2017

[Video Ketua Srikandi PPBM-LUPAKANLAH JASA (perompak) Umno!] Perlawanan 'kalah mati' antara Najib dengan Tun Mahathir, NAJIB BELUM YAKIN MENANG!

Ahad, 12 November 2017

Image result for Gambar mahathir dan najib

NAJIB BELUM YAKIN MENANG, LAPORAN PELBAGAI AGENSI MASIH TAK MEMIHAK KEPADANYA

Pertembungan sebenar PRU 14 adalah perlawanan "kalah mati" antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad di mana siapa yang kalah akan mati dunia politiknya, manakala yang menang terus hidup masa depannya.

Di belakang Najib ada UMNO serta BN dan di belakang Tun Mahathir ada Bersatu serta Pakatan Harapan.

Di bahu Najib terpikul isu-isu seperti 1MDB, Jho Low, Rosmah Mansor, GST, pelaburan China, kedudukan ekonomi, kos sara hidup dan ribuan beban yang lain.

Di bahu Tun Mahathir pula beliau sedang dibebankan  untuk menjawab isu-isu lama semasa kepimpinannya dahulu seperti forex, ISA, kronisme, nepotisme, kekayaan anak-anaknya, selain berkaitan kepentingan Melayu, kedudukan DAP dan pelbagai lagi.
Walapun Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mahu menang dalam pilihanraya akan datang, khususnya dengan tujuan untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kebobrokan yang sedang melanda, beliau sebaliknya tidaklah takut kepada kekalahan.

Menang atau kalah, Tun Mahathir dan Pakatan Harapan masih macam biasa saja. Beliau tetap negarawan juga.

Berbeza dengan Najib, beliau bukan saja sangat mahu menang, tetapi amat takut kepada kekalahan. 

Sebaik kalah dan hilang kuasa, Najib dan segala rangkaian yang ada kaitan dengannya pasti akan berdepan dengan proses tangkapan, perbicaraan dan mungkin penjara sebagai tempat kediaman.

Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sudah berkali-kali menjanjikan, dalam 100 hari mereka berkuasa, antara perkara yang menjadi keutamaan ialah menangkap Malaysian Official 1.
Perkara itu dengan sendirinya menimbulkan keghairahan kepada rakyat untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan, selain kerana tidak sabar untuk menikmati kehidupan baru  tanpa GST, tanpa tol, tidak tiap-tiap minggu dibebankan dengan kenaikan petrol dan macam-macam pembaharuan lagi.

Sebaliknya, jika BN kekal berkuasa, kebosanan sudah boleh dibayangkan kerana di samping muka Najib dan Rosmah mungkin lebih kerap muncul di TV dan tiada isu untuk memenjarakan Tun Mahathir, kadar GST, tol dan harga bawang pun pasti akan meningkat lagi harganya.

Oleh kerana pertembungan itulah, maka usaha membunuh karektor Tun Mahathir dan parti Bersatu yang dipengerusikankannya tidak habis-habis dan satu demi satu dilakukan sehingga sekarang.
Semakin Tun Mahathir dan Bersatu diserang, baik berkaitan isu lama atau isu baru yang sekadar dicipta untuk didongengkan, tidak kira sama ada oleh pemimpin UMNO atau sampah-sarap bekas pemimpin Bersatu yang sedang syok membaham dedak, semuanya adalah gambaran bahawa Najib, UMNO dan BN masih tiada keyakinan untuk menang dan semakin menghampiri detik kekalahan.

Meskipun ramai yang suka dan menaruh harapan kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, yang lebih nyata ialah semakin ramai yang meluat, benci dan menyampah kepada Najib.

Kecuali ahli UMNO, itu pun bukan semuanya, susah benar untuk melihat ada rakyat biasa jatuh suka kepada Najib dan Rosmah.

Najib bukan tidak sedar hakikat ini. Maklumat daripada UMNO mengatakan hampir semua agensi yang membuat kajian mengenai kecenderungan rakyat masih mendapati sokongan kepada Najib, UMNO dan BN masih tidak menggembirakan serta belum memberi jaminan ke arah kemenangan.
Dikatakan, di sebalik kerap menampakkan wajah selalu senyum dan seolah-olah yakin, antara sebab Najib masih belum menemui tarikh untuk mengadakan pilihanraya adalah kerana laporan-laporan yang masih kelabu daripada pelbagai agensi yang membuat kajian tersebut.

Dengan undi bukan Melayu secara nyatanya tidak berubah dan kekal berpihak kepada DAP, manakala Melayu urban pula lebih condong kepada PKR, Tun Mahathir dan Bersatu adalah wadah, naungan serta harapan baru bagi Melayu kampung dan luar bandar yang sudah putus harapan kepada UMNO.

Sebab itu, selagi semua laporan pelbagai agensi itu masih kelabu, serangan yang semakin aktif akan terus dihalakan kepada Tun Mahathir dan Bersatu.

Tun Mahathir tidak saja ancaman dan mimpi ngeri buat Najib, malah sudah menguasai seluruh ketakutan yang ada dalam dirinya. (ShahbudinHusin 12/11/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena