Wednesday, 8 November 2017

[Video Lanun Bugis ini NAJIB...Pergi report polis laa...Bukan Semua Orang Bugis Lanun - Tun Dr. Mahathir] DUN S'gor tolak usul tergempar bahas isu Bugis.

Khamis, 9 November 2017

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

DUN S'gor tolak usul tergempar bahas isu Bugis

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menolak usul tergempar yang dicadangkan Datuk Shukur Idrus (Kuang) bagi membahaskan isu kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahatahir Mohamad yang didakwa mengina keturunan Bugis.
Hannah Yeoh dalam sidang media di lobi bangunan Annex DUN Selangor di Shah Alam hari ini berkata, beliau berbuat demikian menggunakan peraturan 17 yang membenarkan usul itu ditolak dalam kamar.
Hannah berkata antara sebab usul itu ditolak kerana kenyataan Mahathir masih dalam siasatan polis dan usul berkenaan tidak perlu disegerakan.
"Usul tergempar ini akan menganggu tempoh perjalanan aturan urusan mesyuarat yang memerlukan Rang Undang-Undang Pembekalan 2018 diluluskan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut peraturan mesyuarat tetap dewan negeri Selangor," katanya merujuk kepada tempoh empat hari diperuntukkan untuk meluluskan usul tersebut.
Terdahulu, Shukur ketika membawa usul berkenaan mendesak DUN Selangor menghalang Mahathir daripada diberi layanan istimewa untuk melakukan sebarang aktiviti di Selangor demi menjaga 'maruah kedaulatan negeri'.
Pada 14 Oktober lalu, Mahathir ketika berucap di himpunan "Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" di Petaling Jaya mengaitkan 'lanun Bugis' dengan Perdana Menteri Datuk Seri Nazjib Razak.
“Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis." katanya.
Mahathir kemudian menafikan beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis dan berkata kenyataan itu hanya merujuk kepada “perompak yang mencuri wang rakyat”.
“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga. Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak, ada,” katanya
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena