Tuesday, 14 November 2017

[Video Najib Umno Ni 'Depan Melayu Cakap Lain Depan Cina Cakap Lain' & Masa Banjir Pun PAS Buat Hal] KONTRAK MRT 3 beri kelebihan SYARIKAT NEGARA CHINA KOMUNIS.

Rabu, 15 November 2017


Image result for Gambar najib depan melayu cakap lain depan cina cakap lain

Foto Rafizi Ramli.

STRATEGI KONTRAK MRT BERUBAH-UBAH UNTUK MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SYARIKAT PILIHAN
Laporan berita minggu lepas mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia (melalui MRT Corp) telah mempelawa syarikat-syarikat pembinaan sistem pengangkutan dari seluruh dunia untuk mengemukakan bidaan bagi projek MRT fasa 3 (dikenali MRT3 atau “Circle Line”).
MRT3 adalah fasa terakhir dan termahal kerana melibatkan stesen-stesen bawah tanah. Jajaran sepanjang 40 km ini akan mempunyai 30 km laluan bawah tanah, yang kosnya sudah tentu jauh lebih mahal dari laluan atas tanah.
Saya memantau perkembangan perkara ini sejak seminggu yang lalu. Laporan BERNAMA yang disiarkan Malaysiakini semalam (rujuk https://www.malaysiakini.com/news/401839) memperincikan lagi maklumat-maklumat mengenai kontrak MRT3 ini, seperti yang diterangkan oleh CEO MRT Corp Dato’ Seri Shahril Mokhtar.
Perincian yang diberikan oleh Dato’ Seri Shahril menimbulkan banyak persoalan kerana ia bertentangan dengan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung pelaksanaan projek MRT dan kemampuan kerajaan membiayainya tanpa membebankan rakyat.
Saya senaraikan percanggahan-percanggahan tersebut:
Dato’ Seri Najib dalam ucapan belanjawan 2011 mengumumkan bahawa projek MRT sepanjang 150 km akan menelan belanja RM40 bilion sahaja. Dengan pengesahan-pengesahan sebelum ini mengenai kos MRT1 (RM28 bilion) dan MRT2 (dilaporkan RM31 bilion), anggaran kos MRT3 di antara RM35 bilion ke RM40 bilion (seperti laporan BERNAMA di atas) mengesahkan bahawa kos keseluruhan MRT sepanjang 150 km ini adalah dalam lingkungan sekurang-kurangnya RM100 bilion, bukannya RM40 bilion seperti yang didakwa Dato’ Seri Najib.
Malah, anggaran kos RM35 bilion ke RM40 bilion adalah rendah berbanding kos MRT1 sebanyak RM28 bilion (pada harga 2012 semasa ringgit masih kukuh dan tidak mengambil kira kenaikan harga dalam satu dekad di antara 2012 ke 2022, iaitu bila MRT3 akan mula dibina).
Saya menganggarkan kos yang lebih tinggi iaitu sekitar RM70 bilion untuk kos MRT3, iaitu 2 kali ganda dari yang dianggarkan seperti laporan BERNAMA. Perincian kos MRT1, MRT2 dan MRT3 yang boleh mencecah RM120 bilion ini telah saya huraikan setahun yang lepas di http://rafiziramli.com/…/anggaran-kos-keseluruhan-projek-m…/
Dato’ Seri Shahril dipetik laporan BERNAMA itu bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib mengubah struktur kontrak dari PDP (“project delivery partner”) kepada “turnkey” untuk menjimatkan berbilion ringgit kos pembinaan MRT3. Menurut beliau, pertukaran kepada “turnkey” ini penting kerana projek MRT3 memerlukan pembiayaan yang besar akibat kos pembinaan bawah tanah (iaitu 80% dari keseluruhan jajaran).
Saya telah membantah penggunaan konsep PDP sejak dari tahun 2010 lagi kerana berlaku percanggahan kepentingan (“conflict of interest”) apabila kontraktor yang dilantik menjadi PDP (iaitu konsortium MMC-Gamuda) juga bersaing untuk memenangi pakej pembinaan terbesar MRT1 iaitu yang melibatkan pembinaan laluan dan stesen bawah tanah.
Pengakuan Dato’ Seri Shahril bahawa konsep “turnkey” boleh menjimatkan berbilion wang rakyat secara langsung memaklumkan kepada rakyat bahawa kos MRT1 dan MRT2 yang dilaksanakan di bawah konsep PDP adalah lebih mahal dari harga yang sepatutnya.
Malangnya, saya khuatir pertukaran dari konsep PDP kepada “turnkey” (kontraktor membida satu harga dan bertanggungjawab menguruskan semuanya termasuk memilih sub-kontraktor) ini bukanlah bermotifkan keinginan untuk menjimatkan kos semata-mata.
Saya berpendapat pertukaran ini hanyalah untuk disesuaikan dengan keperluan menganugerahkan projek terbesar yang dibiayai oleh rakyat ini kepada satu lagi syarikat milik negara China.
Ini kerana syarat-syarat utama yang perlu dipatuhi oleh syarikat pembina nampaknya hanya boleh dipenuhi oleh anak syarikat negara China, seperti saya senaraikan di bawah:
i. Pembida perlu membiayai sendiri sekurang-kurangnya 90% dari jumlah kos pembinaan. Ini bermakna, bagi projek MRT3 yang kosnya paling kurang RM40 bilion, syarikat pembida itu perlu mendahulukan dana sebanyak RM36 bilion. Bukan sahaja tidak ada syarikat Malaysia yang ada wang sebanyak itu, tidak ada bank yang akan memberi pinjaman sebanyak itu tanpa mengenakan kadar faedah yang tinggi.
ii. Setelah siap pembinaan, bayaran dana yang didahulukan itu tidak perlu dibayar untuk lapan tahun pertama, kemudian jumlah dana boleh dibayar untuk tempoh 30 tahun akan datang.
Tidak ada mana-mana syarikat di Malaysia, atau di dunia kecuali syarikat milik negara China yang ada kemampuan dana sebanyak ini.
Sementara Dato’ Seri Najib akan memberi alasan bahawa negara China sangat yakin dengan keadaan ekonomi negara sehingga sanggup mendahulukan wangnya untuk membina MRT3, rakyat juga boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Putrajaya di bawah beliau tidak ada wang untuk membiayai MRT3.
Pertamanya, kerana hutang kerajaan persekutuan yang telah terlalu tinggi dan sentiasa dalam bahaya melanggar had hutang negara yang ditetapkan di bawah Akta Pendanaan Negara iaitu 55% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Keduanya, jika pun kerajaan persekutuan masih boleh berhutang, kadar bunganya adalah jauh lebih tinggi kerana reputasi kewangan negara yang tercemar selepas skandal 1MDB.
Saya meneliti garis masa projek MRT3 ini seperti berikut:
i. Lantikan syarikat yang berjaya membida menjadi kontraktor dalam bulan Februari 2018
ii. Kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam bulan Disember 2018
iii. Pembinaan bermula seawal suku ketiga 2019
Saya akan membawa isu ini ke Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya dipertimbangkan agar Pakatan Harapan menyemak kembali apa-apa keputusan berhubung projek MRT3 sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14.
Ini bermakna, jika ada wang yang disalurkan lebih awal kepada kempen PRU14 oleh mana-mana syarikat yang membida, atau jika kontrak MRT3 ini digunakan untuk mendapatkan sebarang rasuah bagi apa-apa tujuan terutamanya bagi PRU14, perkara ini akan diketahui oleh rakyat.
Kerajaan baru yang mengambil alih Putrajaya, jika Pakatan Harapan menang nanti, boleh menggunakan sepenuh kuasa yang ada melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk tidak meluluskan lantikan pembida yang dipilih oleh MRT Corp yang akan diumumkan Februari 2018 ini.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena