Tuesday, 14 November 2017

[Video Banjir Di Pulau Pinang PAS Bakal Menang Besar, Banjir Petanda Tuhan, BN Bakal Rampas P.Pinang, & Ustaz Dusuki: Banjir Penang krn KESOMBONGAN PEMIMPIN] Maharaja Lawak: Hidup Umno Hidup DAP...'Politik Lidah Bercabang' parti pemerintah!

Rabu, 15 November 2017



 
Image result for Gambar Misi bantuan Banjir Amanah di Pulau Pinang
JANGAN POLITIK LIDAH BERCABANG
Saya mengikuti pandangan umum rakyat berkenaan ahli politik dan percaya sebahagian rakyat pandang sinis terhadap pandangan orang politik. Ada yang menganggap ahli politik lidah bercabang dan talam dua muka. Walaupun bukan semua ahli politik yang begitu tetapi oleh kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.
Cuba kita amati beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin politik utama Umno BN baru-baru ini.
Dalam Perhimpunan Agung MCA pada 5 November lalu, Perdana Menteri berkata mustahil DAP boleh menubuhkan kerajaan persekutuan walaupun menang besar. Katanya, “Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan, realitinya pada PRU lepas mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan”.
Sedangkan awal tahun ini di Kuala Ketil, Kedah, beliau memberitahu bahawa DAP akan menguasai kerajaan Malaysia sekiranya BN tumbang. Beliau mendakwa walaupun jika Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menguasai majoriti kerusi, DAP tetap mengawal kerajaan baru.
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Datuk Seri Najib? Kepada masyarakat Cina, mesejnya ialah DAP tidak kuat dan tidak boleh memimpin orang Cina sebagai kerajaan. Kepada masyarakat Melayu, mesejnya ialah DAP amat kuat dan akan mengawal kerajaan apabila BN tumbang.
Siapa yang terkeliru? Datuk Seri Najib atau rakyat? Siapakah yang mengelirukan rakyat? Parti pemerintah Umno BN atau Pakatan Harapan?
Sebenarnya inilah amalan politik perkauman yang sering kali dijaja oleh Umno BN. Di satu sudut pemimpin Umno BN konon menggalakkan keharmonian kaum namun di sudut yang lain mengambil kesempatan penuh atas politik perkauman.
Tingkah laku pemimpin no 1 Umno BN sendiri membuktikan politik perkauman amat sebati dengan darah daging Umno BN dan tidak dapat dilindungi lagi.
Baru-baru ini pada 5 November juga, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Katanya kerajaan persekutuan komited membantu mangsa banjir biarpun negeri tersebut diperintah sebuah parti yang bukannya membentuk kerajaan persekutuan.
Namun pada 11 November ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan, di Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang awal bulan ini merupakan petanda daripada Tuhan untuk BN merampas kembali negeri itu.
"Tuhan telah menurunkan bala kepada mereka yang mendabik dada kononnya Pulau Pinang bebas dari banjir,” ujar beliau.
“Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan, bahawa inilah waktu terbaik untuk kita ambil balik kerajaan Pulau Pinang,” katanya lagi
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi? Kepada umum diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang tetapi kepada anggota Gerakan dikaitkan isu banjir dengan pengambilalihan kuasa Pulau Pinang kembali kepada BN yang jelas bermotif politik.
Masalah lidah bercabang seolah-olah menjadi perkara biasa bagi orang politik terutamanya parti pemerintah. Lebih buruk lagi apabila orang politik juga dituduh hipokrit, talam dua muka atau munafik. Kalau tidak cermat, orang politik daripada Pakatan Harapan pun termasuk dalam satu bakul.
Apakah kenyataan dan ungkapan yang dikeluarkan oleh orang politik itu semuanya dianggap begitu? Maksud saya, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dan cakap di sini lain cakap di sana lain.
Atau apakah ia dibolehkan atas nama muslihat politik? Dibolehkan atas sebab matlamat menghalalkan cara atau ala Machiavelli?
Untuk menjawab soalan-soalan ini, saya kira perkara pertama yang harus difahami ialah politik mempunyai sumbangannya kepada pengurusan masyarakat, negara dan dunia.
Menurut Hassan Al-Banna, pemikir dan pengasas gerakan Islam tersohor, seorang Muslim tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi ahli politik iaitu memiliki pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya.
Ini bermakna politik jika difahami dalam konteks di atas merupakan satu tugas yang mulia malah menyempurnakan agama.
Kedua, sikap dan tingkah laku orang politik wajib berteras kepada rakyat iaitu faham masalah mereka, teliti urusan mereka dan bantu cari jalan penyelesaian untuk mereka. Ini tidak bermakna orang politik mesti memenuhi semua kehendak dan keperluan rakyat namun orang politik wajib mengutamakan rakyat.
Dalam kefahaman saya, ini termasuk mendekati rakyat, menyampaikan perkara yang benar, tidak mengelirukan, tidak berbohong, tidak memudaratkan atau membebankan rakyat. Ia juga bermakna berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan keluar kepada permasalahan yang ditanggung rakyat.
Justeru, kalau pun ada muslihat politik (memang pun ada), ia sewajarnya tidak boleh menggadaikan nasib dan masa depan rakyat. Segala strategi dan pertimbangan politik boleh dilakukan untuk umpamanya menang dalam PRU-14, namun bukan atas penipuan apatah lagi bukan memudaratkan rakyat.
Ketiga, rakyat sendiri perlu melengkapkan diri dengan ilmu supaya tidak menjadi “korban” orang politik. Dengan ilmu di dada dan di medan, rakyat boleh menimbang, memilih dan memutuskan jalan mana yang membawa manfaat lebih banyak dari mudarat. Rakyat menjadi lebih matang dan berani memecahkan tembok dan budaya ancaman yang mungkin dicipta oleh orang politik.
Saya masih ingat pengalaman saya sewaktu memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) suatu masa dahulu. Saya berdepan dengan orang politik, khususnya parti pemerintah, yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan pelbagai cara. Mereka ugut, ancam dan taburkan fitnah serta dakyah ke atas GMI. Mereka pertahankan ISA di media massa di semua peringkat masyarakat di seluruh negara menggunakan segala alat yang ada, termasuk Biro Tata Negara (BTN), Cawangan Khas dan Jabatan Penerangan.
Saya tahu tugas memansuhkan ISA satu tugas yang hampir mustahil. Namun hakikatnya, apabila rakyat didedahkan dengan kebenaran dan pengetahuan yang jelas maka rakyat sendiri boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Akibat desakan rakyat, ISA telah dimansuhkan.
Akhirnya, sementara saya nyatakan tiga perkara di atas, malangnya saya percaya budaya politik lidah bercabang dan talam dua muka akan tetap menjadi budaya orang politik dalam negara kita. Selagi tiada perubahan besar berlaku kepada pucuk parti pemerintah maka selagi itulah politik kotor dan jijik terus bermaharajalela.
Cumanya saya berharap dengan kembalinya kita kepada pegangan agama dan nilai serta dengan adanya kemajuan teknologi maklumat di hujung jari, maka orang politik yang berlidah cabang, bertalam dua muka dan hipokrit tidak lagi boleh menapak jauh.
Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena