Friday 10 November 2017

[Video Parlimen-Cina bantu mangsa banjir Melayu,India di Kedah & 'Ketawakan saya tak apa, jangan ketawakan orang P. Pinang'] KENAPA PARTI TUN M SELALU BERMASALAH DENGAN RoS? RoS ini siapa sebenarnya, jentera kerajaan atau perkakas BN?

Jumaat, 10 November 2017


KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN RoS?

Berbanding parti-parti lain, PPBM atau Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad dilihat menghadapi paling banyak masalah atau kekangan daripada Pendaftar Pertubuhan atau RoS berkaitan penubuhannya.

Daripada tidak dibenarkan menggunakan nama Bersatu dan akhirnya ditukar kepada PPBM,  logo bunga rayanya juga terpaksa dilakukan pindaan bagi memenuhi kehendak RoS itu.
Dikatakan nama Bersatu yang merupakan perkataan umum adalah tidak dibenarkan untuk sesebuah parti, tetapi sebelum itu nama Amanah tidak pula menjadi masalah untuk digunapakai.

Selain itu, pendaftaran Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Mahathir sehingga ini masih lagi tiada khabar berita mengenainya.

Pada peringkat awalnya, RoS dilaporkan meminta agar logo Pakatan Harapan diubah, namun setelah ianya diubah-suai, lebih tiga bulan masa berlalu, tidak juga diketahui apa kesudahannya.
Tidak diketahui sama ada ia pertukaran jawatan itu merupakan pertukaran biasa, kenaikan pangkat atau suatu helah untuk melengah-lengahkan kelulusan Pakatan Harapan.

Iyalah, dengan orang baru mengetuai RoS, sudah tentu alasan beliau perlukan lebih masa untuk menyemak dan meneliti permohonan Pakatan Harapan itu sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.

Jika orang lama sudah sebelum ini sudah mengambil masa tiga bulan untuk menyemak dan meneliti, orang baru mungkin perlukan masa empat bulan pula untuk tujuan yang sama.

Akhirnya masa tujuh lapan bulan akan berlalu begitu saja. Sampai ketika tujuh lapan bulan nanti, mungkin pilihanraya sudah tiba atau boleh saja dicari alasan yang lain pula.
Kenapakah agaknya susah sangat mahu memberi kelulusan kepada Pakatan Harapan sedangkan seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, semua syarat-syarat yang dikehendaki sudah dipenuhi?

Terbaru ini, PPBM atau Bersatu berdepan satu lagi ancaman kemungkinan pendaftarannya dibatalkan kerana menggunakan perkataan Armada bagi sayap pemudanya.

Menurut Ketua Pengarah RoS yang baru, Surayati Ibrahim, perkataan Armada tidak pernah dibenarkan serta tidak terdapat dalam perlembagaan Bersatu yang diluluskan.

Benarkah begitu?
Sementara menunggu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi penjelasan secara berdepan dengan RoS, seorang Ahli MPT Bersatu, Tariq Ismail berkata, pihaknya sudah pun menghantar pindaan perlembagaan yang diluluskan pimpinan tertinggi pada Julai lalu kepada RoS, termasuk berkaitan penggunaan nama Armada yang merupakan singkatan daripada perkataan Angkatan Bersatu Anak Muda.

Malangnya, kata beliau, surat yang dihantar kepada RoS itu langsung tidak menerima sebarang jawapan.

Apakah RoS tidak menerima surat tersebut atau oleh kerana Surayati baru menjadi Ketua Pengarahnya, maka beliau belum melihat lagi surat tersebut?
PPBM atau Bersatu, meski diberi kelulusan setelah dilakukan beberapa pindaan, nampaknya masih berdepan ancaman daripada RoS yang merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Selepas ini entah apa-apa lagi yang mungkin dibangkitkan mengenai Bersatu dan mungkin tiada khabar berita langsung mengenai kelulusan Pakatan Harapan?

Adakah Ros pun turut sama takut kepada Tun Mahathir yang mengetuai Bersatu dan Pakatan Harapan?

RoS ini siapa sebenarnya - jentera kerajaan atau perkakas BN? (ShahbudinHusin 10/11/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena