Friday, 10 November 2017

[Video Banjir! Banjir! After Penang, now Seremban, Johor Bahru, Gombak & Gelombang kedua banjir-Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan bersiap sedia] Musim tengkujuh bermula Isnin hingga Mac 2018.

Jumaat, 10 November 2017






Musim tengkujuh bermula Isnin hingga Mac 2018

Musim tengkujuh bermula Isnin hingga Mac 2018
Musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula 13 November hingga Mac 2018 dengan hujan lebat diramalkan berlaku di Pantai Timur semenanjung serta Sabah dan Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2017.

MONSUN Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula Isnin ini (13 November) hingga Mac 2018 dengan hujan lebat diramalkan berlaku di Pantai Timur semenanjung serta Sabah dan Sarawak. 
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, empat hingga lima episod hujan lebat dijangka berlaku pada musim tengkujuh kali ini.
'’Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember 2017. Pada Disember 2017 dan Januari 2018, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah,” menurut METMalaysia dalam satu kenyataan.
Ia berkata semasa Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan cenderung banjir.  
"Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk," kata jabatan itu.
Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan METMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysianmet, perkhidmatan SMS 15888 dan MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638). – Bernama, 10 November, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena