Friday, 10 November 2017

[Video PAS Semai Kebencian Semasa Banjir Melanda] 'Boneka DAP' Nizar MENANG saman fitnah ke atas PJ Pas Perak & Tanpa Subsidi, kerajaan KAYA, rakyat SENGSARA!

Sabtu, 11 November 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Rafizi Ramli.

PERDANA MENTERI WAJAR BERI SUBSIDI 20 SEN SELITER JIKA BENAR SUBSIDI DIBERI SECARA SENYAP-SENYAP SEBELUM INI

Dato’ Seri Najib Tun Razak sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila harga RON95 mencecah RM2.31 seliter semalam, iaitu harga termahal sejak beliau menjadi Menteri Kewangan selepas Pilihanraya Umum 2008.

Malah, sejak beliau menjadi Perdana Menteri, harga petrol dan diesel terus menjadi kucar-kacir akibat tindakan beliau seperti berikut:

Mengambil pendekatan “bermusuh” dengan subsidi minyak atas alasan subsidi minyak menyebabkan kewangan Kerajaan Persekutuan parah akibat hutang yang tinggi. Sejak Disember 2014, beliau menghapuskan sepenuhnya subsidi.

Kegagalan menguruskan ekonomi dengan baik menyebabkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) menjadi matawang yang prestasinya antara yang tercorot. Oleh kerana harga minyak mentah ditentukan di dalam Dollar Amerika Syarikat (USD), rakyat Malaysia terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi dari sepatutnya akibat kenaikan harga minyak mentah yang diburukkan lagi dengan kejatuhan Ringgit Malaysia.

Memperkenalkan semakan harga secara mingguan tanpa menguatkuasakan harga siling dan mengembalikan subsidi, iaitu prasyarat untuk melaksanakan semakan harga mingguan
Setakat ini, tidak ada tanda-tanda harga RON95 boleh turun di bawah paras RM2 selagi Ringgit Malaysia tidak mengukuh dan ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah berterusan.

Masalahnya, setiap kali harga minyak mentah naik, pentadbiran Dato’ Seri Najib akan mendapat durian runtuh kerana beberapa sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan juga akan meningkat, seperti berikut:

i. Kutipan cukai pendapatan syarikat lebih tinggi (keuntungan dari syarikat-syarikat berasaskan minyak)
ii. Kutipan cukai pendapatan petroleum atau PITA lebih tinggi (keuntungan dari setiap lapangan minyak yang dicukai berasingan dari syarikat)
iii. Kutipan cukai pendapatan perseorangan juga lebih tinggi kerana bonus dan bayaran gaji yang lebih mahal dan lebih ramai orang yang diambil bekerja dalam sektor minyak dan gas
iv. Kutipan GST lebih tinggi kerana RON97 dan produk berasaskan petroleum seperti minyak pelincir dikenakan GST
v. Royalti petroleum yang lebih tinggi
vi. Dividen dari PETRONAS yang lebih tinggi kerana keuntungan yang lebih tinggi

Dato’ Seri Najib tidak berterus terang bahawa sebenarnya pada harga purata minyak mentah sepanjang tahun, Kerajaan Persekutuan telah mendapat pendapatan luar jangka yang saya anggarkan berjumlah sekurang-kurangnya RM3.5 bilion bagi tahun 2017 menggunakan kaedah yang saya telah terangkan sebelum ini dihttp://rafiziramli.com/2017/02/harga-ron95-sepatutnya-kekal-rm2-30-seliter-kerajaan-persekutuan-untung-rm18-juta-sehari-dari-kenaikan-harga-minyak-mentah-dalam-januari-dan-februari-2017/

Harga minyak mentah yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk menganggarkan pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2017 adalah USD45 se-tong tetapi harga purata minyak mentah rujukan Brent bagi 2017 (setakat Oktober 2017 dan menggunakan USD60 setong bagi November dan Disember 2017) adalah USD53.83 se-tong (seperti jadual di bawah).

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Purata
54.89 55.49 51.97 52.98 50.87 46.89 48.69 51.37 55.16 57.62 60.00 60.00 53.83

Bagi setiap satu tong pengeluaran minyak dan gas di negara ini yang berjumlah 643,000 tong sehari, pendapatan langsung Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 40% dari harga jualan minyak mentah.

Maka, pendapatan luar jangka (boleh juga dirujuk sebagai durian runtuh “Musang King”) yang telah, sedang dan akan dibelanjakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib kerana kenaikan harga minyak mentah ini adalah [40% dari USD9 se-tong, iaitu 40% dari pertambahan harga sebenar berbanding harga USD45 se-tong yang digunakan untuk mengira pendapatan Kerajaan Persekutuan dalam peruntukan 2017, pada kadar tukaran RM4.2 setiap USD]:

RM9.7 juta sehari setiap hari selama 365 hari, bersamaan RM3.5 bilion bagi tahun 2017 bagi pendapatan langsung iaitu royalti, duti dan cukai petroleum. Ini tidak termasuk kutipan GST dan pendapatan tidak langsung yang lain iaitu cukai syarikat, cukai pendapatan dan dividen.

Sebab itu saya tidak terkejut apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Irwan Serigar baru-baru ini mendakwa subsidi minyak masih ada.

Mereka yang arif dalam bidang kewangan dan sektor minyak/gas tahu bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib memang mengutip pendapatan luar jangka yang lumayan sejak awal tahun ini akibat kenaikan harga minyak mentah yang keuntungannya tidak dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi untuk mengekang kenaikan mendadak harga petrol dan diesel yang ditanggung rakyat.

Jika pun ia dipulangkan, ia dalam suasana penuh kerahsiaan dan tidak diketahui oleh rakyat kalau tembelangnya tidak dipecahkan oleh Tan Sri Irwan Serigar.

Oleh itu, saya mendesak Dato’ Seri Najib menjelaskan kepada rakyat perkara berikut:

Berapa banyak pendapatan luar jangka secara langsung dan tidak langsung akibat harga minyak mentah dunia naik lebih tinggi pada purata USD53.83 se-tong berbanding USD45 se-tong yang digunakan untuk menganggarkan pendapatan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2017?
Dalam bahagian dan laporan mana pendapatan ini dilaporkan?
Kepada kementerian mana pendapatan luar jangka yang sekurang-kurangnya berjumlah RM3.5 bilion ini diperuntukkan? Adakah diberikan kepada Perdana Menteri untuk ditentukan perbelanjaannya?
Saya juga mendesak supaya Dato’ Seri Najib memperkenalkan subsidi 20 sen setiap liter bagi bulan Disember 2017 dan Januari 2018 untuk mengimbangkan kenaikan harga minyak mentah dunia dengan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, terutamanya di hujung tahun/awal tahun semasa musim buka sekolah.

Saya menganggarkan pada penggunaan tahunan purata sebanyak 27 bilion liter petrol dan diesel (seperti jawapan Dato’ Seri Najib kepada soalan parlimen saya), pada purata penggunaan setiap bulan sebanyak 2.25 bilion liter, subsidi 20 sen setiap liter ini hanya melibatkan peruntukan RM900 juta bagi bulan Disember 2017 ke Januari 2018. Itu lebih kurang 25% sahaja dari pendapatan luar jangka yang dikutip oleh Dato’ Seri Najib sejak awal tahun ini.

Saya akan mulakan kempen di media sosial untuk mendapatkan sokongan orang ramai dan mendidik orang ramai selok-belok harga petrol dan diesel.

Lampiran boleh didapatkan di blog saya:

(http://rafiziramli.com/2017/11/perdana-menteri-wajar-beri-subsidi-20-sen-seliter-jika-benar-subsidi-diberi-secara-senyap-senyap-sebelum-ini/ )

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena