Kajian akhbar Oriental Daily News baru-baru ini mendapati sokongan masyarakat Cina terhadap Najib kini amat rendah iaitu 3.8% saja manakala timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi hanya dapat 0.74% sokongan.
Pengundi Cina lebih berminat dengan Hishammuddin Hussein (19.69%) dan Khairy Jamaluddin (12.15%) manakala 63.61% menolak semua keempat-empat nama ini.
Pengundi Cina lebih berminat dengan Hishammuddin Hussein (19.69%) dan Khairy Jamaluddin (12.15%) manakala 63.61% menolak semua keempat-empat nama ini.
GEORGE TOWN: Bencana alam, seperti banjir, tidak boleh digunakan sebagai makanan untuk permainan menyalahkan politik, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir.
"Idealnya, harus menjadi sikap semua orang, baik rakyat dan pemerintah," kata pengerusi PH kepada wartawan.
Banjir Di Pulau Pinang PAS Bakal Menang Besar?
PAS Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan dipimpin DAP berkaitan banjir yang berlaku baru-baru ini
Bayaran RM400 banjir dibuat 18-19 November, kata Guan Eng
Pembayaran RM400 kepada mangsa yang terlibat dalam bencana banjir pada 15 September lalu akan ditunai pada 18 dan 19 November ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, selepas tarikh itu barulah borang permohonan wang ehsan RM500 diedarkan kepada mereka yang ditimpa bencana ribut taufan dan banjir dalam kejadian pada 4 November lalu.
“Pembayaran RM400 akan dilaksanakan pada 18 dan 19 November ini, borang (bayaran wang ehsan RM500) akan dikeluarkan selepas itu supaya tidak ada kekeliruan.
“Kita akan bayaran (RM500 wang ehsan di bawah program ‘Pulau Pinang Bangkit’) ini dalam tahun ini juga, kalau tiada lagi bencana lain berlaku,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Air Putih di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon; Exco-Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahi Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh; dan Liew Chin Yong (Ahli Parlimen Keluang, Johor) turut sertai sidang media itu.
Sebelum itu, Guan Eng dalam pengumuman khas di Dun, melancarkan ‘Pulau Pinang Bangkit’ dengan belanja kira-kira RM100 juta, iaitu program pasca bencana ribut taufan serta fenomena hujan lebat, hatta mengakibatkan kejadian banjir melanda beberapa kawasan di negeri ini sehingga kini.
Di bawah program itu, beliau mengumumkan bayaran RM500 tunai atau peruntukan RM50 juta kepada setiap isi rumah yang ditimpa bencana alam sejak 4 November lalu.
Selain itu, katanya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) turut bersetuju pengecualian surcaj serta diskaun 50 peratus ke atas pengguna domestik, dalam tempoh dua bulan bayaran pusingan.
Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, pengguna komersial turut diberikan diskaun 25 peratus untuk tempoh sama, di mana semua pengguna bekalan air akan menikmati penjimatan kira-kira RM10 juta.
Selain itu, Guan Eng memberitahu kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memberikan diskaun 10 peratus atas cukai pintu semua jenis hartanah, dijangka menjimatkan RM40 juta kos yang sepatutnya dikutip daripada rakyat.
Tambah beliau, dokumen-dokumen Kerajaan Negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat bencana akan diganti secara percuma.
Ekoran bencana, Guan Eng memberitahu Maybank, CIMB, Public Bank, RHB dan Bank Islam masing-masing turut mengumumkan penangguhan ke atas pembayaran semula pinjaman, di samping pengecualian caj-caj tertentu untuk mangsa banjir di Pulau Pinang.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk memastikan semuanya akan kembali kepada normal secepat mungkin.
“Kita mahu Pulau Pinang Bangkit semula dengan segera,” jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindalan Demokratik (DAP) Kebangsaan.
Bencana pada 4 November lalu melibatkan seramai 12,559 mangsa berdaftar atau 3,052 buah keluarga.
Malaysia Dateline
0 comments:
Post a Comment