Tuesday 17 April 2018

[Video MASA DEPAN Pekerja Swasta, Penjawat Awam & BR1M LEPAS PRU14] Tanding di Langkawi: Bukan lari, sengaja nak tengok majoriti BN pada PRU14.

Rabu, 18 April 2018

Imej yang berkaitan
Image may contain: 1 person, smiling, text

Tanding di Langkawi: Bukan lari, sengaja nak tengok majoriti BN pada PRU14

Tanding di Langkawi: Bukan lari, sengaja nak tengok majoriti BN pada PRU14

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Langkawi kerana mahu melihat sejauhmana calon Umno mampu mempertahankan majoriti yang pernah diperoleh Barisan Nasional (BN) menerusi  penyandangngya Datuk Nawawi Ahmad.
Pada PRU13 kerusi Parlimen Langkawi dimenangi calon BN , Datuk Nawawi Ahmad.Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi.
“Saya ingat kalau saya pergi Kubang Pasu saya boleh (pasti) menang. Sebab itu saya kata sama ada saya akan bertanding di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya.
“Untuk Najib bagi hadiah di tempat yang dijangka saya akan bertanding.
“Di Langkawi Umno menang 11,861 undi. Kita nak tengok berapa banyak mereka dapat kali ini,” ujarnya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah yang berkata, bekas perdana menteri 22  itu bertanding di Langkawi dan bukan di Kubang Pasu menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan  itu tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadapnya.
“Tak apa dia nak bertanding di Langkawi, kalau saya bertanding lah di Kubang Pasu buat apa di Langkawi… jadi perdana menteri 22 tahun, ketua bahagian, ahli Parlimen, tiba-tiba lari tinggal kawasan  ke Langkawi.
“Saya tanya orang Langkawi mereka kena fikir, pasal apa dia datang bertanding di situ… ini tidak nak cari tempat selamat, belum tahu selamat.
“Tapi dia dah selamat di Kubang Pasu 22 tahun pasal apa nak tinggal,” kata Ahmad Bashah semasa majlis penyampaian bantuan banjir di Tajar, Alor Setar pada Selasa.
Dr Mahathir merupakan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dari tahun 1974 hingga tahun 2004.
Bagaimanapun pada Ahad, beliau membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14.
Parlimen Langkawi bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara  BN, PH dan Pas. Pas dijangka akan menampilkan calon muda sama ada dari Pas atau Gagasan Sejahtera.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena