Wednesday 18 April 2018

[Video Nampak logo 'mata' kasi pangkah] Pengundi Kelantan balik kampung 5 hari jika PH menang PRU14.

Rabu, 18 April 2018

Foto Anwar Ibrahim.
GST terpaksa dikenakan akibat pelbagai skandal dan sifat boros kerajaan BN. Yang sengsara rakyat. Rakyat ada kuasa untuk buat perubahan.

Foto Otai BERSIH.
Alhamdulillah..makcik2 ni berada di landasan yg betoi...dah siap ikat tali, tunggu di tarik jer naik jadi bendera...

Pengundi Kelantan balik kampung 5 hari jika PH menang PRU 14

Husam melancarkan akaun FB “Shah Alam Wilayah Harapan” malam tadi.

Pengundi Kelantan di perantauan yang pulang untuk mengundi di negeri itu boleh tinggal lima hari di kampung mereka jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum nanti.
Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa berkata, jika PH menang, cuti dua hari tambahan akan diberikan pada hari Khamis dan Jumaat selepas pilihan raya pada hari Rabu.
“Jadi tuan puan yang balik mengundi boleh duduk dekat kampung lima hari jika menang,” kata Husam dalam majlis ceramah PH di Shah Alam malam tadi.
ULANGI KEGEMILANGAN MAHATHIR-ANWAR
Husam yang juga Bendahari PH berkata, jika PH menang juga, beliau yakin kegemilangan kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berulang.
“Mula-mula, apabila kita menang Putrajaya kita akan lantik Tun Mahathir sebagai PM, Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah) sebagai TPM wanita pertama.
“Selepas kemenangan, PH juga akan berusaha membebaskan Anwar melalui permohonan pengampunan di raja.
“Kita akan ulangi zaman kegemilangan negara melalui gabungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.
“Melaluinya, kita akan ulangi kegemilangan ekonomi yang berkembang 8% setahun selama lapan tahun berturut-turut dahulu akan berulang,” kata Husam dalam ucapannya itu.
MERDEKA KEDUA
Menurut Husam, Malaysia akan mengalami kemerdekaan kedua apabila PH menang nanti.
“Kita akan merdeka dari penindasan Najib. Merdeka dari Rosmah yang berbelanja mewah. Merdeka dari kos sara hidup yang membebankan. Anak muda merdeka dari bebanan PTPTN,” kata Husam.
Menurut Husam, jika beliau menang dan masuk ke Dewan Rakyat, beliau akan mencadangkan agar mereka yang disenarai hitamkan oleh PTPTN di pertimbang untuk dihapuskan.
“Saya yakin kita boleh buat. Kita boleh lelong berlian dan pink diamond. Harga pasarannya ratusan juta, kita boleh guna untuk hapuskan senarai hitam itu. Kita pulangkan kepada rakyat hapuskan beban mereka,” kata Husam.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena