Thursday, 19 April 2018

[Video Sidang media Muhyiddin di Pagoh] Muhyiddin: Khaled pun belum tentu kekal MB.

Khamis, 19 April 2018

Muhyiddin: Khaled pun belum tentu kekal MB


Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin membalas semula kenyataaan Menteri Besar sementara Johor Datuk Seri Khaled Nordin yang mahu memastikan kekalahannya pada PRU ke-14.
Bercakap pada sidang media di pagoh hari ini, beliau berkata Khaled sendiri belum pasti menang dalam pilihan raya umum kali ini.
"Saya dengar Khalid pun bertanding di dua tempat, kalau kalah di satu kerusi dia masih boleh menang di satu lagi kerusi, jadi masih ada harapan.
"Saya nak tanya dia sama ada masih kekal di (DUN) Permas atau pindah ke kawasan lain, masih kekal sebagai MB atau tidak.
"Kalau nak menang, beliau kena jaga betul-betul kawasan," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Memetik Utusan Online 15 April lalu, Khaled yang merupakan pengerusi BN Johor berkata BN bertekad untuk memastikan kekalahan Muhyiddin di mana sahaja kerusi yang ditandinginya.
"Dalam pilihan raya, setiap parti hendak pastikan lawan mereka tidak menang...Kita akan pastikan Muhyiddin kalah di semua kerusi yang dia bertanding," kata Khaled.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena