Saturday, 1 December 2018

[Video BINA NEGARA BANGSA bukan dibuat di atas kertas] Pak Lebai kata nak ajaq Menteri, kena hadir palimen jangan dok miss PONTENG SEMEDANG nak balun gaji buta saja!

Ahad, 2 Disember 2018
Harap PAS tak mengajar macam subjek 1MDB...
Merujuk kepada keputusan PAS untuk tetap berhimpun di Kuala Lumpur bulan depan, Hanipa bagaimanapun sempat memberi pesanan kepada anggota parlimen Marang itu. 

Secara menyindir Hanipa yang pernah menjadi salah seorang pemimpin PAS suatu ketika dulu mengingatkan Abdul Hadi supaya memberikan pengajaran yang betul. 

"Kami memang dahagakan ilmu. Jika boleh, ajarlah kami di parlimen. 

"Janganlah tok guru selalu miss (tidak hadir) sidang, nanti kami tiada guru tau," katanya berjenaka. 

Tidak cukup dengan itu Hanipa meminta Abdul Hadi tidak mengajar menteri Pakatan Harapan (PH) seperti PAS memahami skandal 1MDB. 

"Janganlah macam mengajar subjek 1MDB dulu. Bukan apa, dulu bila lihat cikgu (PAS) ajar orang lain tentang 1MDB, kami rasa macam susah sangat nak faham," katanya.  

"Semenjak bila pula PAS pandai bercakap mengenai hormat kepada perdana menteri sekarang? 

"Bukankah sudah berkandar-kandar pemimpin PAS mengutuk Mahathir? 

"Tiba-tiba mereka nak meneruskan demontrasi sebab nak bela Perdana Menteri yang kononnya tak dihormati menteri," - mk 
Pak Lebai kata nak ajaq Menteri. Sepatutnya Pak Lebai kena belajaq untuk hadir palimen dulu agaq tak balun gaji buta saja. Gaji buta tu duit haram Pak Lebai ooi.... 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena