Saturday, 12 September 2015

85,000 Borang Amanah telah dicetak! Mana PJ Pas Perak (Razman) mahu lari?

Ahad, 12 September 2015
Image result for Gambar Razman Zakaria PJ Perak

85 RIBU HELAI BORANG (AMANAH)PARTI PEKERJA MALAYSIA TELAH DICETAK.

Parti Pekerja Malaysia menambah cetakan borang 50,000 helai borang lagi berikutan sambutan masyarakat yang menggalakkan mahu menyertai parti itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Setiausaha agungnya Anuar Tahir berkata, jumlah tersebut menjadikan keseluruhan 85,000 keping borang dicetak.

"Saya juga terima laporan ada yang terpaksa mencetak sendiri borang kerana tidak cukup. Jadi kita terpaksa cetak 50,000 helai lagi.

"Sambutan kepada parti kami amat luar biasa dan tidak saya bayangkan sebelum ini," katanya.

Anuar berkata, latar belakang pemohon adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli profesional dan agamawan dari seluruh negeri.

Beliau percaya, konsep dibawa parti itu menjadikan mereka mudah diterima rakyat.

"Agaknya, orang melihat ini adalah model parti baharu dalam sejarah. Ada orang tanya apa beza kami dengan PKR? Sangat besar, kerana Islam pegangan kami," katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan ahli akan diumumkan pada 16 September ini.

Sementara itu, beliau berkata parti tersebut masih menunggu keputusan berhubung penukaran nama parti itu kepada Parti Amanah Negara.

SISI BUKIT

Dalam pada minta maaf pun dia sindir lagi Nizar...


Dalam pada minta maaf pun dia sindir lagi Nizar... 

Sebelum Writ saman dihantar, Nizar dah beri Razman tempoh masa 14 hari untuk  mohon maaf dan tarik semula kenyataan fitnahnya itu.   

Tapi Razman buat endah tah endah saja...Mungkin dia ingat Nizar acah-acah saja...  

Rupa-rupanya Nizar saman betul! Yang buat Razman sentap tu kerana rakaman perbualan dengan wartawan tu dah ada kepadanya...- Loyar Nizar berpengalaman melalui kes Hj Hadi dahulu masa pil kuda, ingat tak? 

Kali ni, depa dah pegang dulu saksi tu....mana Razman mahu lari?? 

Tapi dalam pada dia mohon maaf tu , Razman ni masih nampak keangkuhan dan kesombongannya bila menang saman Felcra. Dia dapat  ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah ibu bapanya....masih lagi menyindir Nizar walaupun tidak ada mana-mana wartawan yang bertanya kepadanya! 

Dalam Mahkamah Lenggong. Felcra saman kes lama Alhamdulillah hari ni menang saman balas. Dapat duit saman balas daripada felcra nanti boleh buat belanja peguam lawan saman mempertahankan jamaah. Sessi lepas Timbalan PJ tanda tangan surat PR Perak tidak akan laksana hudud mewakili PAS. Saya sbg Pesuruhjaya tidak dimaklum.   Moga Allah memberkati jamaah. Apun tetap yakin Islam akan menang. Satu pertanyaan apakah kedudukan iman orang di negara Orang Islam yg ugama persekutuanya Islam tak mahu melaksanakan hukum Allah?????  Biar senang di dunia senang di akhirat.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena