Monday, 7 September 2015

[Video] Kau Ini Bagaimana? Pengkhianat perlu DIHAPUSKAN, setelah diBARUA & diTOLOLkan...

Selasa, 8 September 2015
AMANAH  PROGRESIF  PEDULI

COMMENTS 
Banyak sangat rhetorik politik PAS. Sepuluh pemimpin sepuluh rhetorik yang bercelaru. Sebenarnya PAS sudah merasakan 'pukulan politik' dari Amanah. Hari demi hari ramai ahli-ahli PAS berhijrah ke parti baru Amanah. Biarpun sebelum ini ada pemimpin cuba bermain psikologi politik dengan mengatakan 500 ahli PAS berhijrah akan digantikan dengan 5000 ahli baru, ini langsung tidak dilayan oleh GHB (Amanah) dengan kegusaran akan gagal mendapat sokongan. Sebaliknya PAS terus-terusan 'berdebat' dalam massa media dengan kenyataan-kenyataan yang bertali-arus berkaitan ahli-ahli PAS dalam (GHB) Amanah.
Bermula dengan memberi jawatan-jawatan 'penting' dalam parti kepada mereka yang telah kalah dalam Muktamar tempoh hari sehinggalah ke amaran 'jangan menarik ahli PAS ke dalam GHB dan seterusnya kepada Baiah dan kini mereka ini semua ini mesti 'dihapuskan'! Struktur PAS mengikut "demokrasi barat' tapi landasan siasah perjuangan berlandaskan syariah. Apakah dalam siasah Islam ada undian demokrasi untuk melantik Presiden? Tidakkah siasah politik Islam itu tidak sama sekali seperti 'demokrasi barat' yang mana mesti diadakan pengundian?

Apakah 'akur janji Baiah' itu telah wujud semasa bermula wujudnya PAS atau ianya satu 'rekaan' baru dalam PAS yang biarpun ia ada dalil sohih untuk melaksanakannya? Apakah dalil itu kuat bila soal memperjuangkan Islam dalam bentuk jasad dan nyawa Islam tetapi dalil itu menjadi lemah bilamana perjuangan Islam itu dalam bentuk jasad 'demokrasi barat' dan nyawa Islam?

Mengapakan disertakan Baiah dalam perjuangan PAS seandainya jalan siasah bercampur aduk dengan 'demokrasi barat'?

Ada Presiden, ada Timbalan Presiden yang bertanding dalam undian 'demokrasi barat', apakah semasa Syaidina Abu Bakar r.a. menjadi Khalifah dan di masa yang sama Syaidina Umar Alkhattab r.a. menjadi timbalan khalifah? Jadi, apakah asas sebenar kerangka perjuangan PAS, syariah atau 'demokrasi barat'?


jgn hipokrit lah hadi..kamu yg telah dibuktikan khianat..bukan saja kpd PR,tapi juga kepada partymu sendiri ,kpd rakyat yg berjuang berhempas pulas melawan umno yg hyper zalim..bertaubatlah hadi jika sedar diri bersalah..berjiwa besar dan mengaku kesilapan..rakyat sudah tahu kisah pengkhianatanmu pada 2008 dahulu yg cuba menggagalkan pembentukan kerajaan baru PR di selangor dan perak..juga pada 2013 dlm krisis MB selangor..andai pendedahan khalid samad dan ust ahmad awang itu adalah suatu fitnah,kami bekas ahli2 yg maseh sygkan PAS mencabar kamu agar segera tampil menafikan pendedahan itu didalam suatu forum dihadapan rakyat yg sgt kecewa dgn perbuatan kamu.

sila tampil segera,jgn sebok mencari dosa org lain tapi berdiam terhadap dosamu berbuat khianat!!!kalau x berani,sila tutup mulutmu kerana rakyat dah muak dgn perangai munafik yg bermaharajalela di bumi bertuah ini..sila sambut cabaran ini jika kamu seorang yg adil dan berintergriti!!!

Mula-Mula Barua & Tolol, Kemudian Halau, Kini Pengkhianat & Perlu Dihapuskan...



Kau Ini Bagaimana?

Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol 

Kau ini bagaimana?

Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar

Kau ini bagaimana?

Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis

Kau ini bagaimana?

Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP

Kau ini bagaimana?

Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?

Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...

Kau ini bagaimana?

Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu

Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan

Kau ini bagaimana?

Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?

Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?

Kau ini bagaimana?

Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...

Kau ini bagaimana?

Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina

Kau ini bagaimana?

Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana... 
Posted By 

COMMENTS:


Dr.Paridul Adras Ismail said...

Golongan ulama yang berada dalam Pas adalah lulusan dalam bidang pengajian Islam. Mereka bukan pakar dalam semua bidang. Jauh sekali mereka mampu menguasai bidang-bidang disiplin keduniaannya yang lain. Seakan-akan golongan agamawan Pas mendapat autoriti untuk menakut-nakutkan golongan yang bukan agama. Golongan ini juga merasakan bahawa mereka sahaja yang betul dan mendapat keredhaan Allah. Golongan agamawan Pas sering membuat ancaman dengan menggunakan senjata (doktrin) "walaq" dan ugutan "dosa" jika melawan ulama Pas. Akibatnya, ahli-ahli bawahan yang kurang didikan agama telah dipasakkan dengan doktrin bahawa ulama Pas adalah "maksum" dan mempertikaikan mereka adalah berdosa besar.

Doktrin yang menyatakan Pas adalah Islam dan Islam itu adalah Pas, dan ulama-ulama Pas adalah "maksum" telah berjaya memerangkap ahli-ahli akar umbi dan bawahan Pas "berwalaq" secara membabi buta kepada pimpinan tertinggi Pas. Ketaatan yang mutlak dalam ajaran Islam hanyalaah kepada Allah dan Rasullullah sahaja, dan ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat. Kini masyarakat melihat Pas sebagai satu entiti yang kurang diyakini arah tuju perjuangan keislamannya. Pas kini merasa hebat kerana masih ramai ahli yang setia, dan masih ramai yang ingin menganggotainya. Itu semua tidak menghairankan, kerana "Ayah Pin" dan "Rasul Melayu Terakhir" yang terang-terangan aajaraannya bercanggah dengan Islam pun ada pengikut-pengikut masing-masing. Apatah lagi, Pas sebagai parti politik yang menjanjikan habuan kuasa dan pangkat semestinya ada pengikutnya yang tersendiri.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena