Monday 3 September 2018

[Video Tanah ini milik kami!] ‘Terima kasih Syed Saddiq ada di mana-mana & T/Kasih KJ sokong atlet, daripada sertai Himpunan Melayu Bangkit’ & Sekarang depa pi jilat 'kafir' demi undi?

Selasa, 4 September 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Org Islam yg tak sehaluan PAS, dikatanya 'kafir' pasai tak sokong RUU355.  Sekarang depa pi jilat kafir demi undi, Kesianlah maruah Pas dibawah kaki paderi pulak. 
'Terima kasih Syed Saddiq ada di mana-mana... terima kasih KJ sokong atlet, daripada sertai Himpunan Melayu Bangkit’
Image result for Gambar Syed Saddiq dan KJ

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi status yang dikongsi di akaun Twitter miliknya pada Sabtu malam berkata, Malaysia menutup Sukan Asia 2018 dengan sasaran tujuh pingat emas.

“Memenuhi sasaran yang diumumkan tetapi di luar unjuran podium. Prestasi keseluruhan yang baik,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau juga memberi penghargaan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di atas sokongannya kepada kontinjen negara sepanjang temasya sukan berlangsung.

“Terima kasih Syed Saddiq yang muncul di mana-mana untuk memberi motivasi kepada kontinjen. Ia amat bermakna kepada atlet-atlet,” tambahnya.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan sasaran rasmi untuk meraih tujuh pingat emas, namun jika bernasib baik boleh mencecah 11 pingat emas.
Status Khairy tersebut diulang kicau oleh Syed Saddiq menerusi akaun Twitter miliknya pada petang Ahad, dan beliau turut berterima kasih kepada bekas menteri itu di atas usahanya yang membawa kepada kecemerlangan tersebut.

“Juga berbanyak terima kasih kerana memilih untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet kita sepanjang malam, daripada menyertai ‘Himpunan Melayu Bangkit’,” katanya, yang merujuk perhimpunan secara besar-besaran orang Melayu yang diadakan di Pekan Kampung Gajah dekat Pasir Salak, Sabtu malam.

Pada malam yang sama Himpunan Melayu Bangkit berlangsung, Malaysia dikejutkan dengan emas ketujuh negara selepas pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final di Stadium Skuasy Gelora Bung Karno di Jakarta.

Selain itu, Malaysia turut memperoleh emas iaitu dua dalam acara boling (trio wanita dan Masters lelaki), berbasikal trek (pecut individu), pelayaran (Terbuka Laser 4.7) dan sepak takraw dalam acara regu lelaki serta skuasy (acara perseorangan wanita).

Ramai pemimpin yang hadir pada himpunan itu seperti Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Rahman; Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarikh Khan dan  Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad.
mstar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena