Thursday 12 September 2013

'POLIS RAJA DI MALAYSIA..." Gurauan melampau : RTM memohon maaf kepada Ketua Polis Negara...

Khamis, 12 September 2013
Permohonan maaf RTM kepada PDRM


Published on Sep 10, 2013
Siaran Berita Nasional 12am (11/09/2013)
Salam 1Malaysia. RTM kini sedang menyiasat dan meneliti secara terperinci kesilapan grafik pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siaran Berita Nasional pukul 7.00 pagi, Selasa, 10 September 2013 berkaitan OP CANTAS. Kesilapan ini dipandang serius dan tindakan menggantung tugas serta tindakan tatatertib sedang diambil. Oleh itu, RTM memohon maaf atas kealpaan ini dan akan memastikan kesilapan sama tidak berulang.

   Kesilapan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui RTM Selasa

polis-raja

Berlaku di RTM, klip video dalam Berita Nasional RTM yang memaparkan isu OPS CANTAS telah menggunakan Logo PDRM yang SALAH... kelihatan jelas tertulis pada logo tersebut, 'POLIS RAJA DI MALAYSIA..." walhalnya yang benar adalah "POLIS DIRAJA MALAYSIA"
Diakui, wujudnya orang-orang pembangkang di Institusi kerajaan, namun, dengan mensabotaj laporan aktiviti kerajaanseperti Ops Cantas atau mana-mana berita sekalipun apatah lagi isu menghapuskan Jenayah adalah sesuatu yang tak boleh diterima... Setiap penjawat awam seharusnya berinterigriti dan beretika, pihak keselamatan PDRM telah bekerja keras untuk hapuskan jenayah dan menjamin dan keamanan negara dan sepatutnya TIDAK dipermainkan sedemikian rupa... KAN DAH KENA!
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui RTM Selasa.

Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.

-- BERNAMA
Catatan BumiPerak
Panas Berapi!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena