Thursday 6 July 2017

[Video Teruk sangat ke SPAD ni? & Pemandu teksi akan kempen untuk Pakatan] Shamsubahrin (Umno?) mungkin bertanding PRU-14 jika tidak dilantik ke SPAD.

Jumaat, 7 Julai 2017

Najib, lantiklah saya ke SPAD, kata bos syarikat teksi

 | July 6, 2017
Shamsubahrin-Ismail-spad
Shamsubahrin Ismail berkata beliau banyak pengalaman dalam industri pengangkutan awam, dan boleh menasihati SPAD dan Isa Samad.
FMT

Shamsubahrin mungkin bertanding PRU-14 jika tidak dilantik ke SPAD

 | July 6, 2017
Shamsubahrin-Ismail_undi_600

KUALA LUMPUR: Pengusaha teksi dan pengasas perkhidmatan teksi premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bintang demi membantu dan mengangkat industri teksi tempatan.
Beliau berkata kata putus bergantung sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudi menemui beliau dan hasil pertemuan itu.
Beliau sebelum ini mencadangkan dirinya sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atau penasihat kepada pengerusi baharu, Tan Sri Isa Samad.
“Kemungkinan besar selepas berbincang dengan perdana menteri saya akan akan putuskan sama ada bertanding,” kata Shamsubahrin pada sidang media di Wisma Central hari ini.
“Masa PRU-13 (2013), perdana menteri datang ke SPAD berjumpa dengan semua pemandu teksi dan memberi jaminan yang mana beliau tidak akan menjatuhkan kedududukan pemandu teksi, tapi sekarang dia tidak bela.”
Beliau akan menghantar surat ke Pejabat Perdana Menteri meminta pertemuan diaturkan antara mereka. Menurut Shamsubahrin, sekiranya cadangan penasihat itu diterima, beliau mahu fokuskan pengalamannya dalam industri teksi untuk membangunkan industri itu.
Parlimen Bukit Bintang dimenangi calon DAP Fong Kui Lun dengan majoriti selesa 19,399. Beliau meraih 30,408 undi berbanding pencabarnya, Gan Joon Zin dari BN yang meraih 11,009 undi.
FMT diberitahu Shamsubahrin berhasrat untuk menjadi calon ketiga pada PRU-13 tetapi membatalkan hasrat itu. Beliau merupakan ahli Umno, dan kerusi Bukit Bintang secara tradisinya ditandingi MCA.
Kini, Shamsubahrin terdorong dengan sentimen pemandu teksi yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan dalam isu sistem sewaan kenderaan dan kawal selia perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab dan Uber.
“Sebagai contoh, kalau pemandu teksi ini ada 100,000 orang, lebih 90% daripada itu tidak menyokong cara BN melayan mereka sekarang ini,” katanya.
Shamsubahrin tidak mendedahkan sama ada beliau akan bertanding atas tiket bebas atau parti pembangkang. Beliau mendakwa lebih 50,000 pemandu teksi menyokong tindakan ini.
Antara isu yang menjadi perhatian ialah cadangan menghapuskan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam – lesen membezakan antara kenderaan perdagangan yang sah di sisi undang-undang dengan “teksi sapu”.
Pemandu Grab dan Uber bagaimanapun dilaporkan keberatan untuk mengambil PSV kerana sebahagian besar daripada mereka memandu separuh masa.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena