Thursday, 6 July 2017

[Video Suara Hadi Serupa Suara UMNO Menidakkan Scandal Najib & 1MDB] 'Rumah Mampu Milik' Bank Negara Malaysia BIMBANG?

Jumaat, 7 Julai 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional
6 Julai 2017

SEBUAH BADAN AUTORITI DIPERLUKAN UNTUK MENGETUAI AGENDA PERUMAHAN MAMPU MILIK NEGARA

Pemuda AMANAH Nasional secara konsisten telah menegaskan bahawa kegagalan kerajaan memandu pasaran perumahan negara menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) dua hari yang lalu di dalam program "Dialogue on Sustainable Development of Affordable Housing" di Sasana Kijang melontarkan kebimbangan akan kecelaruan dasar perumahan yang wujud pada hari ini.

Realiti telah menunjukkan bahawa kekurangan rumah mampu milik pada tahun 2014 adalah kritikal yang mana dianggarkan pada 960,000 unit dan ini mungkin akan melepasi satu juta menjelangya tahun 2020 selagi mana tiada usaha progresif bersama dilakukan.

Kerajaan tidak boleh menafikan peranan pihak swasta dalam industri perumahan negara dan malah kerajaan juga tidak boleh terlalu keras. Namun apa yang boleh dijalankan adalah co-strategik dalam memastikan pasaran perumahan mampu milik khususnya berada pada landasan yang tepat.

Dasar awam yang baik, inovatif dan selaras adalah penting untuk menangani cabaran perumahan mampi milik. Kami telah mencadangkan agar penubuhan badan autoriti yang berperanan mengetuai, mengawasi dan menyelaraskan inisiatif perumahan mampu milik untuk negara.

Dengan ini, ia akan mempromosikan integrasi perumahan nasional yang sinergi dari aspek integrasi data permintaan dan penawaran, kekuatan ekonomi rakyat, demografi, pengangkutan, peluang pekerjaan setempat dan sebagainya. Semua ahli pasaran perumahan perlu dilibatkan agar agenda besar ini dapat dilaksanakan bersama kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan rakyat.

Kebimbangan BNM terhadap apa yang berlaku ini juga mendesak BNM untuk mencadangkan perkara yang lebih kurang sama yang mana keperluan untuk diwujudkan kerjasama yang lebih pelbagai dalam agenda perumahan mampu milik yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Secara tidak langsung, kebimbangan terhadap dasar awam perumahan kerajaan pada hari ini adalah sama antara Pemuda AMANAH dan BNM. Apapun usaha untuk mewujudkan suasana pasaran perumahan yang kondusif adalah perlu melibatkan pelbagai pihak. Kami percaya kepentingan menyedikan rumah mampu milik unutk rakyat adalah mengatasi kepentingan politik tertentu.

MOHAMAD AMMAR ATAN
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
Pemuda AMANAH Nasional

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena