Tuesday 17 April 2018

[Video Zahid MA: UMNO Curi Tanah! Saya Cabar Najib Guna Akta Berita Palsu Tuduh Rafidah Aziz Buat Fitnah] Abdul Hadi bidang politik tak tahu apa pun, kata Mahathir.

Selasa, 17 April 2018

No automatic alt text available.

Abdul Hadi bidang politik tak tahu apa pun, kata Mahathir

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu kembali menjadi ustaz kerana disifatkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin parti yang tidak tahu berpolitik.
“Apa jadi dengan Terengganu?” ujarnya yang merujuk kepada pemerintahan Abdul Hadi di negeri itu.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang ‘menasihati’ bekas perdana menteri 22 tahun itu supaya kembali menjadi doktor dan bekerja di Klinik 1Malaysia kerana faktor usianya kini.


“Patutnya dia doktor, kerja di Klinik 1Malaysia, percuma kerja di situ buat kebajikan itu patutnya. Ni suruh bertanding pilihan raya, kasihan dia,” katanya ketika berucap di Markaz Tarbiyah Pas, Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.
Tun Mahathir calon perdana menteri ke-7 PH itu turut menasihati, Abdul Hadi mengajar ‘agama’ dengan cara yang betul.
“Jangan masuk politik. Patut jadi ustaz, ajar di kampung-kampung, dia cukup layak. Bidang politik tak tahu apa pun.
“Jangan agama mengkafir. Kalau tak tahu, boleh rujuk Al-Quran – mengkafirkan orang Islam adalah dilarang,” kata Dr Mahathir yang dipercayai merujuk kepada ‘Amanat Haji Hadi’ yang menjadi punca perpecahan Melayu dan tuduhan kafir mengkafir.
 MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena