Saturday 2 June 2018

[Video Jawapan daripada Tun M utk Nazri Aziz] TUN M HARUS BERHATI2 'Dot, dot BELAAN NAJIB sedang mengekori Tun M atau Anwar sedekat mungkin'! Umno tetap dibayangi wajah Najib.

Sabtu, 2 Jun 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Najib badut

Hasil carian imej untuk Gambar Najib badut

Foto Otai BERSIH.


Otai BERSIH menambah 2 foto baharu
3 jam
TUN M JUGA HARUS BERHATI2 KERANA ANJING BELAAN NAJIB KINI MULA BERUBAH ARAH
Apa bezanya gelung merah dgn gelung biru itu? Mungkin ada yg kata kembar. Tapi khabarnya itu adalah Dato seri Megat, Owner 360 kl tower. Dia support byk kempen pekan pru14 hari baru2 ini. Mengapa skrg begitu intim dgn Tun M? Bahkan lebih intim dari si Eddy Botak tu dgn Anwar. Eddy botak tu sekadar menumpang gambar belakang2 je dan gambar2 curi saja.
Seperti yg pernah aku katakan, anjing2 akan ekori Tun M atau Anwar samada dpt mencelah atau lebih intim lagi. Maka, Tun M dan Anwar wajar kita peringatkan bersama.

Foto Otai BERSIH.

UMNO SELEPAS INI TETAP DIBAYANGI WAJAH NAJIB.....

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dispekulasikan akan  bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, akhirnya memutuskan hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO saja.

Bermakna, beliau menyertai beberapa nama lagi yang turut memutuskan mahu mengisi jawatan nombor tiga dalam hireaki parti, antaranya Johari Ghani, Tajuddin Abdul Rahman, Ismail Sabri Yaakob dan beberapa nama yang lain lagi.

Dengan pengesahan KJ untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden itu juga hampir pasti mengesahkan bahawa UMNO bakal diterajui oleh Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Zahid Hamidi sekarang ialah Pemangku Presiden UMNO dan Hishammuddin memangku jawatan Timbalan Presiden.

Siapa lagi pemimpin UMNO yang berani mencabar mereka?
Mustapha Mohamad dan Mohamad Hassan yang dalam media sosial cuba digandingkan sabagai pasangan yang layak untuk mengambil alih kepimpinan UMNO mungkin tiada keberanian serta kesanggupan untuk memikul tanggungjawab berat menjadi peneraju berikutan beban kewangan UMNO amat besar untuk ditanggung.

Selama ini setiap bahagian UMNO diperuntukkan bayaran bulanan RM10 ribu, manakala Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri diberi sebanyak RM5 ribu agar urusan pentadbiran, sewa pejabat atau tanggungan perkeranian parti di peringkat bahagian tidak berdepan masalah dari segi operas harian.

Dengan UMNO mempunyai 191 bahagian dan setiap bahagian diperuntukkan RM25 ribu sebulan, bermakna sesiapa yang menjadi Presiden UMNO harus bersedia menanggung beban sebanyak RM4.7 juta sebulan atau RM57.3 juta setahun.

Sehingga PRU15 diadakan lima tahun lagi, belanja yang harus dikeluarkan sekurang-kurangnya ialah sebanyak RM286 juta.

Adakah Mustapha dan gandingannya Mohamad Hassan mampu atau sedia menanggung beban sebanyak itu?

Tidak lain, hanya gandingan pemimpin kaya seperti Zahid Hamidi dan Hishammuddin saja yang mampu dari segi kewangan untuk mengeluarkan belanja dengan jumlah sebegitu.

Tun Mahathir beberapa bulan sebelum ini ada mengesahkan Zahid Hamidi pernah membuat perakuan kepada beliau sebagai Perdana Menteri pada tahun 1996 mengenai kekayaan berjumlah RM230 juta yang dimilikinya ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Hakikatnya tiada masalah dari segi kemampuan untuk Zahid Hamidi membiayai kos operasi UMNO, apatah lagi jika Hishammuddin turut sedia membantu sama.

Meskipun dalam surat yang dihantar kepada UMNO bahagian-bahagian oleh Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari sebelum ini yang menghentikan peruntukan RM25 ribu kepada setiap bahagian itu, tetapi jika pemimpin baru yang mengambil alih nanti tidak menyambungnya semula, ia akan menjadikan UMNO tidak bergerak dan mungkin mati dari segi aktiviti.

Maka, maka mahu tidak mahu, baik secara secara bersendirian atau berkongsi dengan Hishammuddin, Zahid Hamidi harus mencari sumber dana tersebut bagi memastikan UMNO terus hidup dan bernyawa.

Beban tanggungan UMNO ini juga pasti akan menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah membatalkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, meskipun pelbagai kumpulan sudah menemui beliau untuk melobi bagi tujuan itu.

Adalah suatu pembaziran bagi Ku Li untuk bertanding dan jika menang, beliau akhirnya terpaksa menanggung beban kewangan yang besar untuk membiayai urusan parti di sebalik jumlah RM57.3 juta setahun itu bukanlah masalah besar baginya.

Tetapi, tidak mustahil juga Tengku Adnan menghantar surat itu ialah bertujuan untuk mematikan keghairahan pemimpin-pemimpin lain yang berhasrat untuk mencabar kedudukan Zahid Hamidi dan Hishammuddin.
Namun demikian, dalam konteks yang lain, dengan tiada sesiapa mahu bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden dan kepimpinan tertinggi diterajui oleh Zahid Hamidi dan Hishammuddin, UMNO selepas ini tidak dapat lari daripada bayang-bayang Najib Razak yang menjadi sebab utama BN ditolak rakyat sehingga hilang kuasa pada pilihanraya umum  9 Mei lalu.

Zahid Hamidi adalah bekas Setiausaha Politik Najib sebelum menjadi menteri dan kemudian diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas pemecatan Muhyiddin Yassin, sementara Hishammuddin adalah sepupu kepada bekas Perdana Menteri itu.

Dalam keadaan sedemikian, jika ada-apa berlaku kepada Najib berikutan beliau sedang disiasat dan mungkin didakwa serta dipenjarakan selepas ini, dengan adanya Zahid Hamidi dan Hishammuddin menerajui UMNO, ia akan memberi sedikit harapan kepada nasib bekas Perdana Menteri itu andai ditakdirkan BN mampu kembali berkuasa semula selepas PRU15 lima tahun lagi.

Cuma, masih mahukah rakyat memilih dan mengundi calon-calon UMNO dan BN dalam pilihanraya ke-15 akan datang di bawah kepimpinan Zahid Hamidi dan Hishammuddin dan tambah disedari bayang-bayang Najib begitu jelas di sebalik wajah dua pemimpin itu? (ShahbudinHusin 02/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena