Friday 7 December 2018

[Video Dewan DUN Perak - PANAS! YB DAP vs YB UMNO] Haa! EXCO PERAK KENA TAMPAR, Saya Tiada Kaitan – Aziz Bari.

Jumaat, 7 Disember 2018
Foto Romeo.
Image result for Menteri Besar Incorporated (MB Inc)

Exco Kena Tampar, Saya Tiada Kaitan – Aziz Bari

Exco Pendidikan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau kerajaan Pakatan Harapan Perak, Prof Dr Aziz Bari menyatakan beliau tiada kaitan dengan posting yang viral di media sosial petang tadi mendakwa beliau telah ditampar di Canning Garden, Ipoh hari ini.
Dalam posting di ruangan Facebook itu, beliau menyatakan bahawa telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi keterangan mengenai isu fitnah undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak yang tersebar luas di akhbar dan portal berita sejak seminggu yang lalu.
Aziz Bari sebelum ini dalam satu sidang media menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamed kononnya beliau adalah Exco kerajaan Pakatan Harapan yang merancang gerakan mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak melalui undi tidak percaya.
Menteri Besar pula menganggap ia hanya sekadar khabar angin kerana percaya kepada jalinan kerjasama mantap dalam kalangan semua ADUN termasuk Exco Pakatan Harapan.
Menurut Ahmad Faizal, adalah tidak bijak jika seorang wakil rakyat parti pemerintah mahu melompat ke parti pembangkang atau bertindak mahu menjatuhkan Menteri Besar dari gabungan partinya sendiri.

Independent.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena