Monday 3 December 2018

[Video Jho Low akan didakwa tanpa hadir di Mahkamah Sesyen KL hari ini] Tuuudia! 1MDB DIA, Tabung Haji pun DIA JUGAK! Himpunan Icerd: Kalau tak percaya PM, siapa lagi?

Selasa, 4 Disember 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, text
Yang perlu anda tau pasai skandal Tabung Haji... 
‘Skandal Tabung Haji’ muncul di tengah hangat kita bersembang tentang bagaimana syarikat berpenyakit milik kerajaan, 1MDB; sedang bergelut untuk melunaskan hutangnya yang menggunung. 

Nama Tabung Haji dipetik apabila ia didapati telah membeli sebidang tanah Tun Razak Exchange, seluas lebih sedikit daripada separuh padang bola, dengan harga yang luarbiasa mahal. Ini dipercayai telah dilakukan bagi membantu 1MDB melunaskan hutang-hutangnya. 

Kebetulan, pengerusi Tabung Haji ketika hal ini terjadi adalah tidak lain, Azeez Rahim; bekas Ahli Parlimen Baling, yang duduk sangat hampir ke tengah lingkaran dalaman mantan perdana menteri merangkap suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor. 

Lebih menarik lagi, ketika itu; empat orang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji turut berada dalam lembaga pengarah 1MDB. Empat orang ini harus dihafal nama mereka, iaitu; Datuk Johan Abdullah, Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Abdul Samad Alias dan akhir sekali, peminat kasut merah; Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. 

Related image
1 Disember, Tabung Haji membuat dua laporan polis terhadap Azeez Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah. Ya, nama-nama ini kita ada sebut awal tadi. 

Bukan itu sahaja, beberapa nama pengurusan kanan lain dipetik termasuk Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Dan Harta Tanah). 

2 Disember, media melaporkan bahawa pada tahun 2016; Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaunnya. Ini dilakukan untuk memberi ilusi prestasi cemerlang badan tersebut demi mewajarkan dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihanraya lalu. 
Image may contain: text
Dividen berjumlah RM2.7 bilion dibayar tiga bulan sebelum pilihanraya. 

Itu belum campur soal kehilangan RM4 bilion daripada RM64 bilion yang dimasukkan pendeposit ke tabungan rukun Islam kelima itu. Perkara serupa pernah dibangkitkan Rafizi Ramli pada tahun 2016. Berbakul Rafizi kena maki. 

Siapa dia ‘pendeposit’ yang dimaksudkan? Ya, ibu ayah kita di kampung yang menabung lama untuk mengerjakan haji. Hasil berniaga nasi lemak, menoreh getah, ambil upah jaga budak. Dah marah belum? – Roketkini.
Tumpang sekole.

Himpunan Icerd: Kalau tak percaya PM, siapa lagi?

Anggota parlimen Padang Rengas Nazri Aziz hari ini menegaskan tidak akan menyertai himpunan membantah Icerd kerana beliau berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meratifikasi konvensyen itu.
"Saya tidak akan hadir. Saya fokus dengan apa yang saya mahu daripada kerajaan, iaitu menarik semula keputusan untuk meratifikasi, dan mereka sudah melakukan ini. Saya puas hati.
"Kalau kita tidak boleh percaya perdana menteri, siapa lagi yang kita boleh percaya?" katanya pada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Nazri yang merupakan setiausaha Agung BN menjelaskan ia merupakan pendirian peribadinya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena