Monday, 10 December 2018

[Video SPRM tangkap Arul Kanda (bekas CEO 1MDB)] Ayuh HARIMAU MALAYA Kita mesti menang! Arul Akan bermalam di lokap SPRM hari ini.

Selasa, 11 Disember 2018
Kita mesti menang... 

SPRM tangkap Arul Kanda

SPRM dilaporkan menangkap Arul Kanda Kandasamy tidak berapa lama selepas dia hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya kira-kira jam 9.45 pagi ini.
“Kami boleh sahkan Arul Kanda telah ditangkap oleh SPRM.
“Mereka akan membawanya ke mahkamah esok pagi untuk didakwa bersama (bekas perdana menteri) Najib (Razak),” peguamnya N Sivananthan dilapor memberitahu pemberita di luar bangunan SPRM.
Sivananthan berkata bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB itu ditangkap pada jam 10.35 pagi, lapor Malay Mail.
Setakat ini, setahu beliau, Arul Kanda akan berdepan satu pertuduhan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan pengubahan laporan audit negara berkaitan 1MDB.
Pada 25 November lepas, Ketua Audit Negara Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan Najib tahu mengenai perkara itu.
Madinah turut mendedahkan dua perkara penting digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.
Semalam, Najib ditahan kira-kira dua jam setengah di SPRM ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena