Friday 7 December 2018

[Video Tun Dr Mahathir: Pesanan Ringkas Kepada Peserta Perhimpunan Anti-ICERD] PM doakan lancar, elak buat kotor.

Jumaat, 7 Disember 2018

Himpunan Icerd: PM doakan lancar, elak buat kotor

Selepas pihak berkuasa memberikan kebenaran kepada penyokong pembangkang berkumpul di Jalan Raja esok, perdana menteri hari ini tampil memberikan sedikit nasihat.
Kata Dr Mahathir Mohamad kerajaan berharap peserta "perhimpunan kesyukuran" sempena pembatalan rancangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) esok menjaga tingkah laku masing-masing.
Katanya keselamatan harta awam dan kebersihan ibu negara mesti dipelihara walaupun kerajaan tidak berhalangan untuk membenarkan kumpulan terbabit meneruskan majlis mereka.
"Cuma satu saja permintaan kerajaan, penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan harta benda awam.
"Jika boleh jangan buang sampah merata-rata dan jagalah kebersihan," katanya dalam satu klip video hari ini.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 23 November lalu membuat keputusan untuk tidak meratifikasi Icerd setelah mendapat tentangan hebat masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
Bagaimanapun, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menjadi penggerak kepada program itu tetap meneruskan hasrat mereka untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap Icerd.
Puluhan ribu umat Islam dijangka akan berkumpul di Kuala Lumpur khususnya membabitkan ahli dan penyokong Umno dan PAS.
Bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang antara pimpinan utama yang dijadual turun selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Mahathir berkata pada hakikatnya tidak ada keperluan untuk perhimpinan itu diadakan kerana kerajaannya telah menolak Icerd.
"Bagi pihak kerajaan jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukan.
"Pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi," katanya.
Beliau juga sempat menitipkan doa buat program berkenaan.
"Sebagai penutup saya doakan agar perhimpunan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, marilah kita bersama-sama meraikan demokrasi di Malaysia," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena