Friday 22 December 2017

[Video Laporan Polis FELDA Hilang Hak Milik Tanah Bernilai Lebih RM200 juta] Mustahil PM tidak tahu menahu penjualan aset strategik Felda.

Jumaat, 22 Disember 2017

Mustahil PM tidak tahu menahu penjualan aset strategik Felda

Mustahil PM tidak tahu menahu penjualan aset strategik Felda

Image result for Gambar Tanah Jalan semarak tergadai

Mustahil bagi perdana menteri tidak mengetahui pindah milik mencurigakan tiga bidang tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur memandangkan ia adalah aset strategik Felda yang bernilai ratusan juta ringgit dan agensi itu terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional mahu Datuk Seri Najib Razak mengambil tanggung jawab penuh mengembalikan aset berkenaan kepada Felda.

“Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad semalam telah mengesahkan bahawa tanah strategik milik Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak Kuala Lumpur sememangnya telah terjual.
“Tidakkah sebagai pihak yang bertanggungjawab memantau perjalanan Felda, Najib perlu mengambil tahu isu-isu kritikal seperti ini?” soal Shazni.
Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Mohd Ithnin
Beliau juga mempersoalkan mengapa Shahrir tidak melaporkan kepada polis dan SPRM berhubung transaksi yang mencurigakan itu ketika dilantik pengerusi Felda seawal Januari 2017.
Malah Shahril, ujarnya hanya mengambil langkah dalaman yang jauh dari pengetahuan seluruh warga Felda.
“Justeru kita menyeru agar Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak mengambil tanggungjawab penuh untuk mengembalikan aset berkenaan kepada Felda. Jika gagal, beliau akan dikenang sebagai pengkhianat, di samping rakan akrabnya itu, kepada seluruh generasi Felda,” kta Shazni.
MD.

1 comments:

Unknown said...

Tanah strategik milik Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak Kuala Lumpur bukannya telah terjual, tetapi telah lelap tergadai yang bukannya digadai pun.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena