Saturday 1 September 2018

[Video Anwar beri amaran akan bersama pembangkang jika (?)] Himpunan Melayu Bangkit? Raja2 Melayu tergugat? Ke Umno Melayu parti keris keramat yg dah tergugat? Tolonglah, tolollaa, jgn buat lawak badut sarkas Umno woiii!.

Ahad, 2 September 2018

Foto Abdul Rahman Son's.

Himpunan Melayu Bangkit..
Hampir 10,000 orang [?], [Malaysiakini 5,000], ramai mula berhimpun di Dataran Teksi, Kampung Gajah, hari ini bagi menyatakan sokongan dan mempertahankan hak orang Melayu, Kedaulatan Raja-Raja dan kesucian Agama Islam.
Melayu dan Raja2 Melayu tergugat..?? Ke Umno Melayu parti keris keramat yg dah tergugat..?? Agong elok je derma elaun keraian baginda pd Tabung Harapan. Sultan2 lain steady je tak komplen apa. Umno je yg bising tergugat ke hulu kehilir. Apanye Kesultanan Melayu tergugat?? Tolonglah jgn buat lawak...
Foto Otai BERSIH.Foto Otai BERSIH.Foto Otai BERSIH.Foto Otai BERSIH.

KALAU TAK MAHU WANG RAKYAT DIBAZIRKAN, TAK USAHLAH LETAK CALON...

Berkatalah Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa jika pilihanraya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding bagi membolehkannya tampil sebagai Ahli Parlimen, maka ia adalah suatu pembaziran wang rakyat.

"Masalahnya ialah apakah perlu rakyat dipaksa untuk pilihanraya kecil semula itu?

"Berjuta wang negara akan dihabiskan untuk satu pilihanraya yang sekadar untuk memberi ruang kepada Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Sehubungan itu, kata beliau, tiada keperluan bagi mana-mana Ahli Parlimen meletakkan jawatan dan memaksa rakyat mengundi sekali lagi dalam piliharaya kecil yang akan ditandingi oleh Anwar.
Hmmm....apalah Tuan Ibrahim perlu susah sangat dengan hal ini.

Ini adalah perkara mudah saja untuk diselesaikan.

Membazir atau tidak jika diadakan pilihanraya kecil diadakan adalah terpulang kepada Pas dan UMNO yang kini merupakan "pasangan suami isteri"  dalam gabungan pembangkang dalam membuat keputusan.

Jika Pas dan UMNO tidak bertanding dan sedia memberi laluan percuma, maka Anwar akan menang tanpa bertanding dan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil atau pengundian yang melibatkan sebarang dana rakyat.

Lebih daripada itu, jika Pas dan UMNO boleh berpakat untuk pilihanraya kecil Sungai Kandis dan Seri Setia dari segi perlu meletakkan calon atau sebaliknya, mengapa tidak boleh berpakat sekali lagi untuk sama-sama tidak meletakkan calon?
Mudah saja bukan?

Lagi pun, kalau pilihanraya kecil diadakan yang mana Anwar akan bertanding, memang sia-sia sajalah Pas atau UMNO bertanding menentangnya, selain sudah pasti kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengadakan pilihanraya itu.

Bolehkah juga Pas atau UMNO meletakkan calon yang cukup berwibawa untuk menandingi atau menewaskan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8? (ShahbudinHusin 01/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena