Monday 3 September 2018

[Video Guan Eng: Kini nama saya bersih!] Terkujut Profesor & student ini! Tun M DEDAH rahsia kejayaan di usia muda & 'Melayu' belum dapat bangkit dari kekalahan? Mujur ada bekas pemimpin Melayu yg panjang umur berupaya menyatukan pelbagai parti utk menyelamatkan M'sia.

Isnin, 3 September 2018

Terkejut Profesor & Student Ini! 


Tun Dr Mahathir DEDAH Rahsia Kejayaan Di Usia Muda


Melayu belum dapat bangkit dari kekalahan?

Melayu belum dapat bangkit dari kekalahan?

Menjadi bangsa yang kalah memang suatu yang perit.
Bayangkan jika anda orang Jerman. Bangsa anda telah memilih Adolf Hitler sebagai pemimpin melalui proses demokrasi.
Hitler telah membawa bukan saja negara anda pada kemusnahan tetapi keseluruhan Eropah.
Kemudian Jerman kalah, tentu anda rasa pedih dan malu walaupun yang melakukannya bukan anda tetapi nenek moyang anda.
Begitu juga dengan Jepun.
Begitu juga dengan komunis.
Begitu juga dengan Arab.
Begitu juga dengan orang Melayu di Malaysia. Selama 61 tahun, parti orang Melayu dipilih melalui demokrasi untuk memimpin Malaya dan Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru digubal supaya orang Melayu dapat menguasai ekonomi baik dalam memegang saham atau menjadi pemimpin korporat, tetapi pada penghujung tahun ke-60, didapati berleluasa betul pemimpin Melayu yang tidak amanah bukan saja hal duit tetapi dari segi kejujuran mentadbir organisasi dan mengurus syarikat.
Tentu sebagai orang Melayu anda rasa pedih dan malu walaupun yang melakukannya bukan anda tetapi saudara sekaum dan seagama.
Mujur ada bekas pemimpin Melayu yang bukan saja panjang umur tetapi berupaya menyatukan pelbagai parti berbeza fahaman untuk menyekat kemusnahan yang boleh terus berlaku.
Beliau tidak teragak agak melantik seorang menteri bukan Melayu dari parti yang tidak disukai oleh orang Melayu untuk melihat segala kerosakan kewangan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Tugas pemimpin Melayu itu adalah berat iaitu untuk membersihkan kerajaan. Tempoh untuk beliau memimpin juga tidak lama.
Tetapi tanpa kerjasama orang Melayu, yang mesti berdisiplin mengenai kejujuran dan amanah, usaha ini tidak akan berjaya.
Jerman dan Jepun sudah bangkit dari kekalahan mereka. Komunis bangkit dengan mengubah sistem di China.
Arab masih belum bangkit bangkit lagi. Ikutlah Jerman, ikutlah Jepun, ikutlah China. Tak usah ikut Arab.
Zin, wartawan yang pernah aktif pada 1980-an. Bekas pengarang Harakah dan editor kanan Utusan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena