Monday 3 September 2018

[Video Siasatan dalaman FGV: 'Ramai...ramai disiasat'] Nasib Najib ditentukan pada tahun 2019 & Ada orang sudah memberi bye-bye Najib!

Isnin, 3 September 2018
No automatic alt text available.
Nasib Najib ditentukan pada tahun 2019... 


Image result for najib susah hati
Apa yang diharapkan berjuta rakyat Malaysia dan dunia akan berlaku. Tahun depan, selama tujuh minggu, dari 12 Februari sampai 29 Mach 2019 perbicaraan bekas PM merangkap maharaja perompak kelas cakrawala akan dibicarakan. Berjuta rakyat berdoa, sembahyang hajat memohon Allah tunjukkan kuasa mutlakNya dalam kes yang memalukan rakyat Malaysia tetapi tidak memalukan Najib Razak dan keluarganya. 

Peguam Negara telah melantik dua orang peguam terkemuka untuk mendakwa Najib. Datuk Sulaiman Abdullah memang terkenal sebagai peguam yang bijak serta bekas hakim Datuk Sri Gopal Sri Ram, juga seorang peguam yg banyak pengalaman di bidang kes jenayah. Besar kemungkinan Najib akan mengekalkan Shafie Abdullah yang dikatakan mendapat bayaran RM9 juta lebih dari khidmat guamannya di masa lalu. Kedua peguam yang dilantik Tommy Thomas tidak dibayar apa-apa. Inilah sumbangan ikhlas mereka sebagai patriot Malaysia memperjuangkan hak rakyat yg diperkosa oleh maharaja lanun kelas cakrawala ini. 

Dunia memberi perhatian serius terhadap kes Najib yang dikaitkan dengan berbagai jenayah mengenai 1MDB, SRC International dan lain-lain lagi. Besar kemungkinan, selepas perbicaraan kes SRC International yang melibatkan dia menerima RM42 juta dalam akaun pribadinya Najib akan dihadapkan lagi dengan beberapa kes lain. Nampaknya bala demi bala akan timpa menimpa satu demi satu kelak. 

Apakah Najib akan buat kenduri tolak bala di Pekan sebelum menghadapi perbicaraannya? Rakyat ingin tahu. Mungkinkah Rosmah akan minta khidmat nasihat para bomoh dan sami yg super hebat untuk menyelamatkan lakinya? Apa pun muslihat, mantra dan amalan Najib, bininya dan keluarga Tun Razak mereka tetap tidak dapat mengatasi kuasa mutlak Allah Ta'ala. Kalian boleh merancang tapi Allah tetap menentukan nasib Najib dan keluarganya menurut kemahuan Allah sendiri. Ada orang sudah memberi bye-bye Najib!. Allah-hu-Akhbar. - Yahaya Ismail 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena