Tuesday 25 September 2018

[Video LIVE: Rosmah Mansor Hadir Ke SPRM 26 Sept] Azeez Rahim tiba di mahkamah untuk reman! "Hidup Azeez" & 'Hidup AMLATFA'.

Rabu, 26 September 2018

Azeez Rahim tiba di mahkamah untuk reman


Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses permohonan reman pagi ini.
Azeez tiba bersama abangnya, Abdul Latiff, serta seorang saudara mereka pada pukul 10.35 pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Ketiga-tiganya memakai baju lokap SPRM berwarna jingga serta bergari serta diiringi sejumlah anggota SPRM dan polis.
SPRM menahan Azeez dan abang awal pagi semalam - dan saudaranya pada lewat malam - mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Sekumpulan penyokong Umno diketuai anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Lokman Noor Adam sedia menunggu di perkarangan mahkamah, dan menyambut ketibaan Azeez dengan laungan "hidup Azeez" dan takbir.
Aziz yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji menjadi perhatian ramai Mei lalu apabila SPRM menyerbu hartanah yang dikaitkan dengannya di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.
Ketika itu SPRM merampas wang tunai berjumlah RM500,000 dan jam tangan mewah.
Azeez ketika itu mendakwa wang tunai tersebut adalah milik Umno dan sebahagian daripada jam tangan itu adalah palsu.

1 comments:

Unknown said...

Apakah slps ni.. giliran lokman adam pula ? Jika ini berlaku, Pencacai umno lain pulak akan jerit2 hidup lokman & takbir

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena