Monday 17 September 2018

[Video Malaysia Terancam BANGKRUT krn Hutang 3500 Triliun bgm Indonesia hutang 5000 Tidak?] Kesian NajibUmnoBN, kesian Rosmah bertubi2 dikaitkan dgn skandal 1MDB! TAK ADA RASA MALUKAH Umno nak bergabung dengan Anwar? Nampaknya Umno semakin serabut sebagai PEMBANGKANG meskipun baru 120 hari.

Selasa, 18 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Kesian Najib, kesian Rosmah bertubi2 dikaitkan dgn skandal 1MDB..

Rakyat Malaysia berharap agar Najib dapat pembelaan & dibicarakan seadil-adilnya di mahkamah awal tahun depan. Itu pon utk kes SRC International sahaja dahulu. Belom lagi utk kes derma RM2.6 bilion dan skandal-skandal 1MDB yg lain yg bakal menyusul

TAK ADA RASA MALUKAH UMNO NAK BERGABUNG DENGAN ANWAR?

Nampaknya UMNO semakin serabut dengan kedudukannya sebagai pembangkang, meski baru empat bulan melaluinya, sehingga sekarang ini tanpa segan-silu membayangkan untuk membentuk gabungan baru yang dinamakan Pakatan Malaysia bersama PKR yang diketuai Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan Nazri Aziz, Shahidan Kassim dan Jamal Md Yunos yang secara terbuka menyatakan kesediaan berkempen untuk Anwar di Port Dickson dan kemudian Presiden UMNO, Zahid Hamidi memberi jaminan tiada tindakan akan diambil khususnya kepada Nazri kerana ditafsirnya perkara itu cuma perbezaan pendapat, kali ini Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin pula bersuara tanpa berselindung lagi mengenai pengharapan kepada PKR itu.

"Tidak mustahil UMNO, Pas, MCA, MIC, GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu di Sabah bergabung bersama PKR untuk menubuhkan Pakatan Malaysia menggantikan Pakatan Harapan, tulis Khaled dalam sebuah surat terbuka yang ditujukan kepada Muhyiddin Yassin.

Tidak sukar memahami bahawa pengharapan UMNO kepada PKR dan Anwar ketika ini tidak lain ialah kerana Presiden PKR  itu bakal dinamakan sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang mengikut jadualnya akan berlaku penyerahan kuasa dalam tempoh dua tahun selepas kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu.
Agaknya dalam tempoh menanti Anwar menjadi Perdana Menteri atau menunggu terjadinya penggabungan yang diidam-idamkan dengan PKR itu, ramailah para pemimpin UMNO sekarang ini yang terbawa-bawa wajah Anwar ke dalam mimpi, kalau pun tidak meratib namanya sepanjang masa.

Malah tidak mustahil terdapat juga pemimpin UMNO yang sudah mula meletakkan gambar Anwar di dinding rumah, pejabat dan dalam paparan telefon masing-masing.

Kenapakah UMNO begitu mengharapkan penggabungan dengan Anwar dan PKR untuk kembali memegang kuasa?
Tidak malukah untuk menjilat dan menjulang kembali Anwar, sedangkan selama bertahun-tahun sebelum ini UMNOlah yang paling dahsyat memperlekeh dan menghina Presiden PKR itu dengan pelbagai gelaran dan kata-kata cacian?

Siapakah yang memenjarakan Anwar dalam kes liwat 2 di mana pada ketika itu semua pemimpin UMNO berdiri teguh di belakang Najib yang dilihat bukan saja merancang segala-galanya, malah mempercepatkan perbicaraan di peringkat rayuan yang berlarutan sehingga ke waktu malam?

Siapakah yang melantik peguam Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar itu?

Dengan semua perlakuan UMNO terhadap Anwar selama ini, apakah pemimpin UMNO yang sama mengeji dan mencaci itu, mereka sekarang tiada perasaan malu langsung dengan mengharapkan pergantungan kepada PKR untuk kembali mendakap kuasa?

Atau UMNO sudah tiada kekuatan lagi untuk bertarung dalam PRU15 akan datang, lalu terpaksa membuang perasaan malu dan sanggup bergabung dengan PKR demi semata-mata kerana kuasa?

Kesian...di mana sebenarnya maruah UMNO? (ShahbudinHusin 17/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena