Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata, langkah itu membuktikan kementerian amat komited memartabatkan sektor pertanian negara selain melindungi pengguna secara keseluruhan.
“Isu ini telah berlanjutan terlalu lama, keputusan ini juga memperlihatkan kerajaan serius memikul amanah dan tanggungjawab­ kepada petani dan rakyat Malaysia.
“Terima kasih kepada menteri, Ketua­ Setiausaha kementerian, pegawai dan kakita­ngan di semua peringkat selain jabatan dan agensi terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bagi usahawan cili, Nor­hashim Kamisan, pengumuman itu adalah suatu sejarah besar dalam industri cili selain menjadi titik perubahan dalam aspek pengimportan bahan makanan.
“Kami petani berjanji akan bertanggungjawab mengeluar­kan hasil berkualiti dan terjamin selamat digunakan me­ngikut kadar Tahap Maksimum Residu (MRL) racun ditetapkan,” ujarnya.
Pengusaha cili dari Nilai, SM Fairuz SM Sharifuddin berkata, dia bersyukur dengan langkah kementerian mengekang produk pertanian yang tidak selamat daripada dijual kepada orang ramai.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pertanian yang semema­ngnya mempunyai keberanian luar biasa dalam mengambil keputusan itu walaupun bakal berhadapan dengan pelbagai tekanan kelak,” katanya.