Monday 17 September 2018

[Video TIADA LAGI PAU DALAM JPJ] Nasihat kera kepada beruk. Kah3! TEMBELANG SUDAH PECAH! Jabatan Amal Malaysia tidak berdaftar dengan ROS? Dr Mujahid: Anwar didakwa dengan tuduhan palsu.

Selasa, 18 September 2018
Nasihat kera kepada beruk... 
Lokman Adam menasihat Anwar agar tidak bersekongkol dengan DAP dan Dr Mahathir. Nasihat itu penuh bermakna. Beliau mahu Anwar alias PKR tinggal DAP dan Bersatu. Kekosongan itu dapat dipenuhi oleh Umno yang mempunyai 51 kerusi parlimen. 
Dalam congakan politik Lokman Adam, dengan tindakan itu akan wujud sebuah kerajaan baharu yang lebih obses dan perhatinkan kepada Melayu dan agama Islam. Kesian Amanah tidak diletak di mana-mana kedudukan? 
Walaupun penyokong bawahan melihat nasihat Lokman itu sebagai nasihat beruk kepada kera agar tidak makan pisang kerana mudah terkena penyakit berak cair, tetapi ia ada logik dan dibimbangi juga kalau orang dinasihat itu tiba-tiba jadi beralun dalam perut. - MSO 
Foto Suara Rakyat.

ADAKAH PAS CUBA MENIPU SEKALI LAGI ??!
FAKTA No.(1):
Pada 2/9/2014 Naib Presiden PAS pernah menyatakan Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai “Unit Amal” TAK PERLU BERDAFTAR dengan ROS kerana dibentuk sebagai biro dalam parti PAS.



FAKTA No.(2):
Dalam semakan di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan M'sia (ROS) menunjukkan Jabatan Amal Malaysia tiada maklumat/ tidak berdaftar dlm semakan tersebut.

JIKA BENAR dakwaan Takiyuddin Jabatan Amal Malaysia telah berdaftar, suruh dia tunjukkan BUKTI bila & macam mana boleh berdaftar dgn ROS... kalau tidak sah PAS #PembohongTegar..
atau tersalah daftar dgn ROSmah...
#LebaiKantoiMenipu

Foto Parti Amanah Negara.

Anwar didakwa dengan tuduhan palsu

Dr Mujahid sahkan namanya dikemukakan untuk jawatan Kabinet

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah didakwa atas kesalahannya mencabar pemerintah sebaliknya didakwa secara tuduhan palsu untuk mengaibkan diri dan keluarganya.

Katanya, Anwar menghabiskan lebih banyak masa di sebalik tembok besi dalam perjuangan reformasi di negara ini berbanding di medan.

Menurutnya, generasi reformasi hari ini adalah hasil perjuangan Anwar dan kini sebahagian daripada mereka menduduki jawatan penting dalam pentadbiran negara.
"Anwar tidak pernah mengenal erti menyerah. Beliau mempertahankan dirinya tidak bersalah sepanjang pemenjaraannya dan alhamdulillah pada tahun 2018 Yang di- Pertuan Agong berkenan memberikan kuasa pengampunan ke atas Anwar yang telah membersihkan namanya dan keluarganya sejak dihina dan diaibkan pada tahun 1998 lagi iaitu selama 20 tahun.

"Parti pembangkang semua meraih dokongan reformasi yang dilaung dan diusung oleh Anwar sehingga menjadi titik perpaduan di kalangan pembangkang. Suara Anwar yang menghidupkan semula roh Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama seolah satu kata sihir yang memukau segenap lapisan masyarakat. Justeru beliau telah menyatukan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena