Wednesday 19 September 2018

[Video Pengubahan Wang Haram-Najib akan dibawa ke mahkamah petang nanti] Malam tadi Najib tidoq dalam lockup SPRM...

Khamis, 20 september 2018

Najib tidoq dalam lockup SPRM... 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas perdana menteri, Najib Razak sebentar tadi. 

Penahanan Najib dilakukan ke atas siasatan wang RM2.6 bilion yang diterima Najib melalui akaun bank AmIslamic pada 2014. 

Najib dijangka akan didakwa secara rasmi petang esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta dan akan dibawa ke sana kira-kira jam 3 petang. 
Image may contain: 5 people
Bekas presiden Umno itu dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang dan ditahan secara rasmi jam 4.13 petang menurut sumber. 

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. 

Sebelum ini, bekas presiden Umno itu dikenakan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn. 

Tuduhan itu berkaitan dengan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa semasa berada menjadi perdana menteri. 

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah," kata kenyataan itu. 

Selain itu, menurut kenyataan berkenaan, SPRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok. 

Ini bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - f/bk 
Tumpang sekole

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena