Tuesday 18 September 2018

[Video SKANDAL 1MDB-Malaysia sedang berunding bawa pulang JET PERIBADI] AG letak jawatan? 'Tak betul langsung...Portal berita (FMT) mohon maaf.

Selasa, 18 September 2018


AG letak jawatan? 'Tak betul langsung'

Peguam Negara Tommy Thomas menafikan beliau meletakkan jawatan, sekali gus menjadi individu paling pendek menjawat jawatan itu dalam sejarah Malaysia.
Dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, beliau menafikan perkara itu.
Tak betul langsung,” katanya kepada portal berita ini.
Memetik sumber, portal berita Free Malaysia Today (FMT) sebentar tadi melaporkan beliau telah meletakkan jawatan, hanya dalam tempoh tiga bulan selepas dilantik.
Peletakan jawatan itu dilapor dibuat selepas kritikan kepada Pejabat Peguam Negara kerana menggugurkan kes dakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng merana membeli hartanah bawah harga pasaran.
Bagaimanapun, berita itu ditarik balik tidak lama selepas itu.

FMT mohon maaf
Sementara itu, FMT turut memohon maaf secara terbuka terhadap Thommy susulan laporan itu.
"Berita itu berdasarkan sumber-sumber yang telah menarik balik pengesahan mereka.
"Kami oleh itu menarik balik laporan itu tanpa syarat dan memohon maaf kepada peguam negara," kata portal itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena