Tuesday 4 September 2018

[Video Tun M Jawab Dakwaan Lokman Adam Isu Hak Orang Melayu] Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara-Keputusan "NOLLE PROSEQUT" terhadap LGE & Kereta Perodua sedikit lebih murah sekarang berbanding era GST

Selasa, 4 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Isu kes Guan Eng. Ini jawapan dari Jabatan Peguam Negara.
Berdepan kecaman pelbagai pihak, hari ini seorang pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC) tampil menjelaskan mengapa mereka menarik balik pertuduhan ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dan seorang wanita ahli perniagaan.
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, berkata keputusan untuk bertindak secara nolle prosequi (pihak pendakwa membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan) ke atas Lim dan Phang dibuat tanpa penglibatan Peguam Negara Tommy Thomas.
Mohamad Hanafiah berkata beliau diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan berhubung representasi yang dibuat oleh kedua-dua tertuduh.
Kata Mohamad Hanafiah pemilihan itu dibuat kerana beliau sebelum ini tidak pernah terlibat dengan kes tersebut dan dipercayai dapat memberi pertimbangan dari perspektif baru.
"Setelah diberi penugasan tersebut, saya meneliti keterangan-keterangan berdasarkan penyiasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan keterangan-keterangan dikemukakan saksi-saksi pendakwaan di mahkamah yang diuji dengan pemeriksaan balas.
"Saya membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap saksi-saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selepas membuat penelitian, Mohamad Hanafiah berpendapat, tidak mungkin beliau dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai timbalan pendakwa raya untuk meneruskan kes tersebut dengan mengetahui ia tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan.


Kebanyakan model kereta yang ditawarkan oleh Perodua lebih murah sekarang, di sebalik pelaksanaan SST, berbanding tempoh ketika GST diperkenakan.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Zahari Husin berkata kebanyakan model adalah sekitar satu hingga tiga peratus lebih murah.
"Berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua menyaksikan penurunan harga berbanding struktur harga GST," katanya dalam satu kenyataan.
Mengikut laman web automotif paultan.org, satu-satunya model Perodua yang sedikit lebih mahal selepas pasca SST (tanpa insurans) adalah model Alza jenis asas.
Laman web itu juga melaporkan bahawa model Axia 1.0 Standard E jenis manual menyaksikan penurunan harga paling ketara. Ia kini 4.07 peratus lebih murah berbanding sebelum 1 Jun.
Dalam perkembangan berkaitan, Proton mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyerap bayaran SST untuk bulan ini sahaja.
"Walaupun Proton mengakui bahawa SST akan menjejaskan harga kereta, untuk September kami akan menyerap SST untuk semua model bagi memberi pembeli masa tambahan membuat pembelian.
"Ini akan memberi manfaat kepada mereka semasa tempoh peralihan ini dan juga membantu Proton mengekalkan momentum jualannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa.
Proton berjaya menjual 9,501 kereta pada bulan Ogos - bulan terbaiknya sejak Julai 2015.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena