Gembirakah Kita?
Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar (RM2.60 = SG$1). Rakyat Singapura Semakin Gembira! Rakyat Malaysia?
Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar : Biasanya, berdasarkan laporan media arus perdana di Malaysia, rakyat Malaysia diminta jangan terlalu percaya kepada khabar angin dan digalakkan hanya berpandukan maklumat yang “sahih dan tepat” contohnya kitab Utusan Malaysia dan Berita TV3 serta berita RTM.
Dan berdasarkan laporan Bernama yang disiarkan oleh Yahoo Malaysia, ekonomi Malaysia kekal kukuh, aman, stabil, ekonomi Malaysia positif, mengukuh, pesat membangun, harga minyak masih termurah berbanding negara lain, kos sara hidup rendah, segala macam yang indah-indah belaka.
Contohnya, laporan berita Bernama pada 29 April 2013 satu minggu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (2013).
Sekarang?
Hakikatnya, sekarang ini, Ringgit Malaysia terus jatuh ke nilai terendah dalam tempoh 15 tahun. belum pernah dalam sejarah matawang malaysia dalam tempoh 15 tahun terakhir ini, nilai matawang Malaysia serendah seperti yang berlaku sekarang.
Terbaru nilai ringgi Malaysia mencacatkan angka tukaran dengan Singapore Dollar sekitar :
Nampaknya nilai matawang ringgit Malaysia berbanding Singapore Dollar memberikan tekanan & bacaran yang kuat kepada rakyat Malaysia & kerajaan Malaysia yang terpaksa mengimport barangan daripada luar pada kadar yang mahal serta mengeksport barangan & produk Malaysia pada nilai rendah.
Contohnya :
Tahun 2000 kerajaan bayar RM3 billion untuk import ubat ubatan
Tahun 2013, kerajaan perlu bayar RM5 bilion disebabkan jurang nilai Euro yang semakin melebar berbanding ringgit Malaysia
Akhirnya, siapa yang perlu menanggung kerugian tersebut? Kalau tidak…….
Sebaliknya masalah nilai ringgit Malaysia yang terus merosot ini memberikan suatu berita gembira kepada rakyat Singapura dan juga rakyat Malaysia yang berkerja di Kota Singa tersebut.
“Kejatuhan ringgit dengan teruk = ekonomi Malaysia merudum”
RINGGIT MALAYSIA VS SINGAPORE DOLLAR : RAKYAT SINGAPURA SEMAKIN GEMBIRA?
Berita Semasa tidak terkejut dengan situasi ekonomi Malaysia sekarang ini cuma sedih, negara yang sebenarnya kaya-raya dengan hasil mahsul negara hanya berjaya masuk dalam senarai 40 negara berpendapatan rendah sedangkan negara tiada hasil pun boleh masuk dalam senarai 30 negara berpendapatan tinggi.
Jikalau mahu disingkap sejarah semasa merdeka selepas Singapura keluar dari Malaysia, tentera pun Singapura terpaksa pinjam dari Malaysia. Sekarang? Sekarang tentera Singapura & kelengkapan ketenteraan mereka adalah yang tercanggih di Asia Tenggara,
Ringgit Malaysia VS Dollar Singapore berada pada paras yang sama (MYR1=SGD1), tetapi sekarang? Bukan sahaja tidak boleh dibaik pulih malahan bertambah buruk.
Dan….yang menarik berdasarkan semakin Berita Semasa melihatkan kepada carta prestasi ringgit di sini
Prestasi Kejatuhan Ringgit Malaysia
Apa yang dapat anda perhatikan berdasarkan carta di atas? Dan, cuba lihat juga sejarah tukaran ringgit Malaysia dengan SGD, USD, EUR, GB, JPY dan lain-lain lagi untuk 1 tahun terkahir ini. Apa yang telah berlaku?
nilai ringgit mula mengukuh lebih kurang dua tiga bulan sebelum minggu pertama 13 Mei
Selepas itu, perubahan yang cukup drastik berdasarkan paparan carta tukaran matawang Ringgit malaysia, dan akhirnya nilai ringgit dilihat mulai susut dengan teruk.
Nah…..persoalannya sekarang. Apa yang telah berlaku pada minggu pertama 13 Mei 2013 tersebut? Berita Semasa pulangkan persoalan ini untuk dijawab dan diulas oleh anda pula?
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/10/2013 01:32:00 PTG/DIALOG RAKYAT
'QS World University Rankings'
Ranking Universiti Malaysia Jatuh Lagi..
Sekali lagi kehebatan Najib terserlah dalam mentadbir negara ini.. jika sebelum ini nilai ringgit dilaporkan jatuh dan ekonomi rakyat mula tertekan ekoran harga minyak yang dinaikkan.. kedudukan Universiti-universiti di Malaysia juga turut jatuh..
Dari apa yang disiarkan oleh 'QS World University Rankings', hanya tujuh buah Universiti dari Malaysia yang tersenarai dalam senarai 'QS'. Ianya adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dan dari tujuh yang tersenarai itu pula hanya UM mengekalkan kedudukannya dalam 'Top 200' walaupun kedudukannya jatuh dari tangga 156 pada tahun 2012 kepada kedudukan nombor 167 tahun ini..
Tetapi UTM yang pada tahun lalu berada pada tangga 358 meningkatkan kedudukannya pada tangga 355. UKM jatuh lapan anak tangga kepada tangga yang ke 269 dan USM jatuh 29 anak tangga ke 355, UPM dari tangga ke 360 ke 411, UIA dan UiTM merudum 100 anak tangga..
Dimana tahun lalu UIA berada di tangga yang ke 401 turun ke 450 dan UiTM pada kedudukan 600 lebih..
Inilah hasilnya bila orang yang jelas kurang cerdik dinaikkan menjadi pemimpin.. untuk mengekalkan kuasanya beliau pula melantik orang-orang yang lebih kurang cerdik darinya sebagai Menteri-menteri kabinet..
Malaysian universities drop in world rankings, lack “highly cited” research
Malaysian public universities continue to fall in the QS World University rankings with only Universiti Malaya (UM) still in the top 200 this year, while Singapore's National University of Singapore (NUS) has moved up to 24 in the world. QS said Malaysian universities do not produce enough cited research although they have quality academics and produce employable graduates.
QS research head Ben Sowter said Malaysian universities’ rankings plunged due to deficiencies in research but credited them for the quality of their academics and the employability of their graduates.
“The drop in performance for Malaysian institutions this year reflects the intensity of global competition,” he said in a statement.
“But a five-year comparison suggests they have made some significant progress.
“Malaysian institutions are not yet producing highly cited research, but they have developed a solid profile among the world’s academics and graduate employers,” Sowter added.
Only seven Malaysian universities made it to QS’s list of 800 top institutions for 2013. They are Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), International Islamic University Malaysia (UIA) and Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Of the seven, only UM has maintained its position in the top 200 although it dropped from number 156 in 2012 to number 167 in the current list.
But UTM, which was ranked 358th in 2012, was the only one to rise and is now at number 355.
UKM dropped eight spots to number 269 and USM fell 29 spots to number 355. UPM plunged from number 360 to 411-420, but both UIA and UiTM plummeted by 100 points. Last year, UIA was in the ranks of 401 to 450 and UiTM was at 601+.
An overview of the rankings indicated an improvement among Asian universities and a general drop among US institutions.
Of the 62 Asian institutions in the top 400, 70% rank higher this year than in 2007/2008 while 64 out of 83 US universities have dropped in ranking.
The National University of Singapore (NUS) has outshone the University of Hong Kong (HKU) for the first time. NUS is placed at the 24th spot whereas HKU is at the 26th.
However, the top 10 spots were kept by US and Britain varsities.
The Massachusetts Institute of Technology remains at the top and Harvard University has clinched the second spot from Cambridge University, which is now number 3.
The QS World University Rankings is an annual league table of the top universities in the world and is arguably the best-known and respected ranking of its kind.
Compiled by the QS Intelligence Unit in close consultation with an international advisory board of leading academics, the QS World University Rankings is widely referenced by prospective and current students, university professionals and governments worldwide ~ The Malaysian Insider
Jika perkara ini berterusan.. maksud aku nilai RM dan kedudukan Universiti yang semakin menurun.. tak mustahil rasanya jika suatu masa nanti anak-anak dan juga cucu-cicit kita terpaksa berhijrah pula ke negara jiran untuk mencari kerja..
Bagaimana golongan proffesional dalam sektor pembuatan memandang rakyat Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh.. begitulah anak-anak atau cucu cicit kita akan dipandang mereka..
.... Untuk pengetahuan semua.. dalam proses pemindahan teknologi dari Syarikat-syarikat Multinasional yang berada di Malaysia kenegara-negara Asean yang lain.. akan diambilkira tahap pelajaran dan juga nilai matawang mereka disamping itu kestabilan politik juga penting...
Jika tahap atau kedudukan Universiti di negara kita lebih rendah dari yang ada di negara-negara jiran yang lain.. tidak mustahil Syarikat-syarikat Multinasional akan memindahkan pelaburan kesana...
Dan untuk pengetahuan semua.. aku pernah termenung lama setelah menemuduga seorang calon bagi jawatan Jurutera yang dikeluarkan oleh Universiti tempatan, keluusannya tinggi ada Ijazah..
Tapi aku tak tahu apa yang sebenarnya telah dihasilkan oleh Universiti dinegara kita sekarang ini.. kerana cara mereka berfikir dan tahap pengetahuan mereka dalam kursus yang diambil mereka.. jahu bezanya dengan apa yang dihasilkan oleh Universiti tempatan 20 tahun yang lalu....
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, September 10, 2013
1 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=7xFsApgxWn4 <---- Check this out,mate
Post a Comment