Idris Jusoh Suruh Hantar Anak Belajar Ke Luar Negara Jika Tak Setuju Sistem Pendidikan Negara
Sungguh sombong dan bongkak pemimpin Umno sekarang!
Semalam Ku Nan, Menteri Wilayah Persekutuan menyarankan agar rakyat yang tak berpuas hati dengan kenaikan harga rumah supaya jangan memberli rumah.(baca sini). Dan hari ini pula, Menteri Pendidikan II menyarankan pula kepada rakyat supaya hantar anak belajar ke luar negara jika tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan negara.
Ini berikutan rungutan orang ramai berkenaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Sungguh sombong dan bongkak pemimpin Umno sekarang, segala rungutan rakyat tidak di hiraukan dan di bakul sampahkan.
Sekiranya semua menteri bersikap begini, pemimpin Umno juga terpaksa berambus ke luar negara kerana rakyat dah naik muak dengan sikap kamu semua..
Idris Jusoh: Hantar anak keluar negara jika tidak setuju pelan pendidikan negara
Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.
Menurut Menteri Pendidikan II itu, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.
"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Karangkraf di Shah Alam awal hari ini.
Menurut Idris, sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya tidak akan berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga parti politik dari Pakatan Rakyat (PR).
"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.
Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara.
"Kerajaan akan terus melaksanakannya, lagi pun ia telah dilancarkan," kata Idris.
Mengambil kira kepentingan pembangunan sistem pendidikan negara, Idris menegaskan, kementeriannya mensasarkan untuk mencapai objektif mereka melalui pelaksanaan pelan berkenaan, yang mana terpaksa mengorbankan beberapa bantahan sesetengah pihak.
"Kerajaan dah rancang blueprint ini dan akan laksanakan, kerana pelan ini telah diberi perincian, kita tak boleh dolak-dalih.
"Kita tidak boleh ikut kehendak semua orang, kita kena tahu objektif kita. Kita kena tahu apa yang terbaik," tegasnya.
Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.
PR pula melihat terdapat enam aspek yang menjadikan yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bukan satu platform menyeluruh.
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan betul dan cekap. ~the malaysian insider/Posted by Addin Deen at 9/10/2013
KISAH BENAR : Pelajar Lakukan Hubungan Intim 5 Kali Seminggu!!
Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Perlakuan Jijik Pelajar Ketika 'Kelas Tambahan'
wowberita.org
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
Diterbitkan Belia Bangkit Pada 10:24:00 PG
0 comments:
Post a Comment