Friday 13 September 2013

Papagomo, Diperintah Bayar 1/2 Juta Kerana Fitnah...(Wan Azri Dikenalpasti Sebagai Papagomo)

Jumaat, 13 September 2013
Blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000
ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
keadilandaily.com
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). -TMI
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 di 12:44 PM
EDISI GEMPAK GILER: Identiti PAPAGOMO Telah Disahkan!!! - Era Pasca

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena